Mari ikut blog ini

Friday 21 January 2011

Mentaliti sesetengah umat Islam diMalaysia (intern mode)

Salam,

lama tak menulis. sibuk dengan kerja baru.

Tadi apa yang diceritakan oleh senior2 yang dah berpengalaman bekerja ketika sesi perkongsian di Program Jalinan Ukhuwah. Apa dia bendanya?

Kene cop 'ustaz'. Aha. Ok not to be proud, bangga diri or whatever it is. Just mahu berkongsi.

Tak tau la sebab aku berjanggut, atau fizikal aku, perwatakan aku, blaja oversea, hensem, bergaya atau lain2 sebab.



Bendanya terjadi ketika dalam perjalanan ke Ayer Keroh, Melaka untuk berjumpa supplier di Yodoshi Malleable Sdn Bhd. Ni perjumpaan kedua bagi aku. Ditemani oleh seorang boss kecil dan teman sekerja. Dalam perjalanan, diorang berbincang mengenai banyak benda. Aku sekadar mendengar kerana apa yang berbincang mengenai kerja. Tetiba masuk topik kahwin. Pastu boss cakap kat member aku, "kau nak ayat untuk bagi lembut hati tak?nanti aku bagi r kat kau". Tetiba dia cakap lagi," kau tanya r ustaz kat blakang ni mesti dia tau banyak punye".err? sejak bila pulak? dah r pasal kahwin/perempuan. Aku dah r suci dari perempuan, mana tau pape.

Ke sebab pagi tadi time briefing aku baca doa dengan penuh khusyuk dan tawadduk sebelum permulaan briefing, jadi dia terpegun. (Ok gurau part khusyuk/tawadduk tu). Biasanya time aku sampai diorang dah start dah briefing. Jadi aku tak sempat r kat bahagian doa tu. Tapi hari ini cuti umum,jadi jalan pon lenggang je. Semangat aku g awal sebab taknak sampai lambat lagi, tapi daaa. keluar lambat pon boleh cmni. Takpe2, bole golek2 jap dalam lab QA/QC. Biasanye member sorang ni yang baca, tapi tetiba dia pass kertas doa tu kat aku. Tapi time die pass kat aku tu, ush jgn la bg die, die xbiase lg. kang tersilap kang. Tapi aku tarik je kertas tu. Pastu cepat2 aku start baca. Ok Alhamdulillah lancar. Doa basic je yang selalu dgr, xde la tersasul. Pastu sbb tu kot die agak amazed?tah. Mybe die igt aku blaja oberC jenis yg HuHa kot. Tp xpe la.

Just apa yg aku nak sampaikan kat sini, walaupun kita cuma tahu benda2 basic mengenai agama. Kita reti mengaji, kita jaga perwatakan kita, orang akan respect kita. Lagi2 mereka yg kurang ilmu tentang agama. Bukan nak cakap aku banyak ilmu. Aku pon masih lagi belajar, masih lagi cap ayam lagi.

Pastu bila time utk solat pulak, waktu tu kat RnR Seremban kalau tak salah. On the way balik.

Aku ingat mentaliti orang Islam di Malaysia ni dah berubah, tapi aku boleh kata semualah yang solat dalam surau tu solat masing2. sedih. memang sedih. Sebelum ni pon sama, waktu kali pertama aku pergi ke Melaka. Aku masuk dalam surau, then aku tunggu sorang brader ni abes amik wuduk. "Then aku tanya die, bang solat sekali ok?"

Die buat muka macam pelik,  aik xpnh ada orang ajak solat skali ke? aku pon tetiba rasa kekok. "boleh x bang?". Dia pon angguk tanda setuju. Masih lagi bermuka macam pelik.

Then tunggu dia siap2 aku bentang sejadah dah kami pon solat. Rupa2nya ada la jugak orang2 lain yang berjemaah sekali. Alhamdulillah ada juga yang masuk. Dapat pahala berganda. Berapa kali ganda? Itu serah pada Allah.

Yang kali kedua ni aku buat benda sama. tapi ni dengan boss dengan member aku. Aku bentang sejadah. Then boss aku cucuk aku.uik?

ok2, phm2 la yer. Jadi imam la maknanya. Ok no problemo, dah slalu pon jadi imam. Tapi utk jemaah yg tak besar sgt la. Kalau yg beratus2 org tu, ketaq jugak la kaki. Tak cukup ikhlas lg tu.

Jadi bagi aku, aku rse orang Malaysia ni nak je bende2 baik. Tak kesah la kat mana2 pon sama. Fitrah manusia mahukan yg baik dan lebih(pahala). Tapi yang penting kena ada orang start. Macam zaman Khalifah Abu Bakar sekali pon. Time beliau mengumumkan perang terhadap golongan murtad. Dua minggu senyap. Xde sesiapa sahut. Diorang pelik sebab Nabi SAW xde buat pon dulu. Sampailah satu hari tu satu kabilah tu datang untuk offer diri untuk melaksanakan arahan amirul mukminin. Baru lepas tu berpusu-pusu kabilah lain datang offer diri.

Lagi satu kisah aku xigt bila tapi time Nabi SAW belum wafat. Nabi SAW umumkan untuk sesiapa datang menderma, sebab pe aku xigt. Berapa kali jugak Nabi SAW umumkan tapi tiada yg berganjak. Sampai seorang datang dan umumkan dia nak derma. Barulah orang berpusu-pusu menderma. (Maaf kalau tak detail atau fakta salah). Jadi kat sini apa yg aku ingin sampaikan adalah kena ada pihak yang mulakan.

Masalahnya kat tempat2 begitu, xde ke sesiapa yang nak start? InshaAllah kalau dah start tu ada la yang follow. Kita yang start ni dapat pahal mereka2 yag follow sebab kita yg buat. Tak mau kah?
Pahala/saham percuma. Pastu diorg2 tu pon amalkan berjemaah tu. Dah dapat lagi pahala. free. Pemurahnya Allah, indahnya Islam.

Wallahualam.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment