Mari ikut blog ini

Friday 8 April 2011

Kuat sana, lemah sini. Lemah sana, kuat sini.

Salam,

Manusia itu, tidak sama samada dari segi fizikalnya mahupun dalamannya (rohaninya,emosinya). Juga, setiap manusia itu mungkin kuat di sesetengah perkara dan lemah di sesetengah perkara yang lain.

Melihat kepada contoh yang terdekat; aku.

Teringat ketika masih berada di MRSM Kuantan dahulu. Aku merupakan seorang pelajar yang agak menonjol berbanding orang lain. Hebat dalam pelajaran juga aktif dalam sukan. Itu kata orang. Tapi kebanyakkan dari mereka tidak tahu bahawa aku mempunyai banyak sekali kelemahan/kekurangan.





Sudah menjadi lumrah pelajar, mereka melihat pelajar yang cemerlang dalam 'killer subjects' seperti matematik tambahan, fizik dan kimia merupakan seorang yang memang layak mendapat penghormatan yang sepatutnya. Tambahan lagi sekiranya pelajar itu turut mewakili sekolah (aktif) dalam extra-kurikular seperti badan berunifom, sukan, dan persatuan. Ye, memang ketika di MRSM dahulu aku cemerlang dalam subjek-subjek itu, mewakili persatuan matematik (walaupun aku bukan ahli) untuk menyertai olimpiad kebangsaan, mewakili sekolah untuk sukan bola sepak dan bowling, 10 yang terpilih untuk aktiviti menembak di padang sasar, dan banyak lagi yang lain. Namun aku sedar akan kelemahan-kelemahan aku yang nyata.



Kelemahan aku ini menjadi jelas ketika kelas Pendidikan Islam. Terutamanya ketika masa untuk menghafaz surah-surah tertentu. Ustazah aku mengamalkan konsep menghafal pada waktu itu juga, serta tiada pengajaran melainkan semua sudah bertasmid dengannya. Jadi setiap kali masa bertasmid, aku beserta seorang lagi pelajar (juga lelaki) di dalam kelas akan menjadi pelajar yang terakhir sekali, dan kami akan mengambil masa 20-30 minit lebih berbanding seisi kelas untuk hanya menghafal satu potong ayat dari sebuah surah itu. Memalukan (And yet i still do (nearly) nothing to improve on that area).



Aku juga seorang yang pemalu, apabila tiba masanya untuk bercakap dihadapan kelas ataupun di hadapan sekumpulan orang di dalam apa-apa majlis. Berbeza dengan bercakap secara tidak formal dihadapan ramai orang, kita dapat merasakan tumpuan keatas kita. Segala mata-mata seolah-olah hendak memakan kita. Pentas terasa sangat besar. Masa dirasakan berlalu dengan sangat perlahan. Hanya untuk menghabiskan 2 minit di hadapan dirasakan seperti dua jam di dunia sebenar. Alangkah teruknya!

Tapi bila tiba masanya untuk bersukan (bermain bola terutamanya), akulah antara yang paling kecoh di padang. "wei pass la bola kat aku","Mat tackle betul-betul la!", "korang ni sepak bola pon xreti", " come on la wei, position!position!". Tak kira siapa kau, semua aku sound. Itu ketika di sekolah dahulu.

Apabila masa untuk solat maghrib, isyak dan subuh (kerana kebiasaan aku tiba awal di surau sekolah, ataupun aku bersolat di surau pada waktu-waktu ini). Bilal melaungkan azan. Aku lihat kiri kanan, tiada orang, aku jadi cuak. "Kalau tak ada orang lain ni aku kena jadi imam nanti". Aku pon akan buat-buat keluar mengambil wuduk atau pergi ke tandas (lari dari jadi imam). Pernah sekali aku tak berkesempatan untuk 'lari':



Bilal: Aizat, jom solat. Macam tiada orang lain je nih. (Sambil mempelawa aku menjadi imam)

Aku: Errr? (sambil menolak encik bilal ke sejadah hadapan, tempat imam)

-Bilal pon mengalah dengan aku, sambil tersenyum. Dia mengambil tempat dihadapan dan menjadi imam.

Aku: "fuhh, lega. Selamat aku"

Teruk bukan?

Sahabatku pernah berkata, setiap orang itu mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing. Ada yang kuat bangun untuk berqiyam tapi kurang amalnya dalam mengaji Al-Quran. Ada yang rajin berpuasa tapi liat untuk menunaikan solat di Masjid. Ada yang hebat ingatannya sehingga mampu menghafal berjuzuk-juzuk dalam Al-Quran, tetapi kurang bagus bacaan Al Qurannya. Kuat di sana, tapi lemah di sini. Lemah di sini tapi kuat di sana. Di sinilah peranan kita untuk saling bantu-membantu untuk menguatkan mana yang lemah, mengukuhkan mana yang kuat.

Dan aku? mungkin hanya sekadar sederhana untuk semuanya. Perlu usaha lebih, untuk meningkatkan lagi apa yang patut dan perlu.

Doakan yang terbaik untuk aku, engkau dan mereka.

Wallahualam.

AF

2 comments:

  1. Teringat waktu di MRSM PC dulu, alhamdulillah akademik dan ko-kurikulum ok. Cuma peluang untuk bersukan kurang. Jadi di Russia, menggunakan peluang sebaiknya untuk menebus.

    Kelemahan itu juga satu anugerah,untuk sentiasa mengingatkan betapa lemahnya kita tanpa kudrat dari Tuhan.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Kiranya di Russia ni bersukan la ye? :D
    bagus2.
    we definitely need to be all-rounded person

    ReplyDelete