Mari ikut blog ini

Wednesday 4 May 2011

Versi Muhasabah Diri: Bergegas vs Tergesa-gesa

Salam,

Manusia sering mahukan sesuatu itu, seboleh-bolehnya hasilnya diperolehi secepat mungkin. Bergegas itu ada banyak kebaikannya dan tergesa-gesa itu lebih banyak keburukannya, bergantung pada situasi dimana sifat itu diimplimasikan.

Bergegas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan? Petanda seorang pelajar/pekerja yang produktif.

Tergesa-gesa menyiapkan tugasan yang diberikan? Kebarangkalian untuk tugasan itu kurang memuaskan adalah tinggi.

 Namun bukan itu yang ingin aku ketengahkan disini. Mari kita melihat dari sudut amalan dan ibadat kita. Satu ibadat yang sangat dekat dan selalu kita lakukan; solat. Tiba waktu solat, adakah kita akan bergegas untuk menunaikan solat ataupun kita akan menunggu sehingga penghujung waktu solat baharulah kita tergesa-gesa hendak menunaikan solat? Cuba renungkan sebentar dimana letaknya diri kita? Yang bergegas ataupun yang tergesa-gesa?

Bergegas? Alhamdulillah. Tergesa-gesa? Kena semak semula.

Lagi satu perkara yang aku dapat perhatikan. Bagus kita bergegas untuk solat, tapi kita sedang solat kita tergesa-gesa untuk menghabiskan solat kita sehingga tidak enak kita lihat. terabur 'tomakninah'nya. Sekiranya kita menjadi imam, makmum terkejar-kejar untuk mengikuti 'rentak' kita.

Seringkali makmum tidak berkesempatan menghabiskan bacaan surah Al-Fatihah dan terus ruku' supaya tidak terlepas rakaat.

Apakah perkara yang kita kejar sangat, sehingga kita tergesa-gesa untuk menghabiskan solat kita. Adakah adanya hadiah jongkong-jongkong emas bagi mereka yang mampu menghabiskan solat mereka dengan kadar yang paling cepat?

Lebih buruk lagi sekiranya kita tergesa-gesa untuk menghabiskan solat semata-mata mengejar perkara yang entah ada atau tidak manfaat pahala atau kebaikannya. Masih kurang jelas?

Cuba bayangkan kita sedang menonton 'movie' di television, kemudian ada rakan mengajak kita solat dan kita menjadi imam, kita pon akur. Namun 'movie' yang ditayangkan itu adalah julung-julung kalinya ditayangkan dan jika kita terlepas menontonnya pada waktu itu maka melepas lah jawapannya. Maka kita pon bergegas mengambil wuduk, dan kemudian menjadi imam. Seperti yang diceritakan di atas, kita tergesa-gesa hendak menghabiskan solat kita itu, dan selesai sahaja solat kita memecut 100km/h untuk kembali ke depan television. Wirid entah kemana, doa apatah lagi.

Familiar dengan situasi di atas? Nampaknya kita perlu semak semula perkara ini. Kenalpasti mana yang penting. Amalan fardhu ataupun amalan yang kurang bermanfaat? Apatah lagi amalan yang tidak membawa kebaikan dan menyumbang kepada dana akhirat kita.

Renung-renungkanlah, mari kita muhasabah diri bersama.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih daripada hari ini.

Wassalam

No comments:

Post a Comment