Mari ikut blog ini

Saturday 30 April 2011

Usaha, doa, tawakkal. Yakin!

Salam,

Hairan. Memang menghairankan. Apa yang menghairankan? bagaimana cara manusia berfikir. Terutamanya orang Melayu. Melayu? YES. MELAYU.

Ada apa dengan orang Melayu ni?

Macam-macam.

Apabila berlaku sesuatu perkara, sesuatu musibah, selalunya apa yang terkeluar dari mulut orang Melayu adalah seperti 'moga-moga sinar harapan akan muncul', 'inshaAllah nanti ok la tu' dan seumpamanya.

So? Apa salahnya cakap begitu?

Definitely nothing is wrong with it.

But for 1 thing. Kamu meminta, mengharapkan agar sesuatu akan berlaku tapi kamu hanya bergoyang kaki sahaja.

Things just does not work that way.

Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia"

 (An Nahl:40)

 Ya, memang jika Allah mengkehendaki sesuatu maka tiada siapa yang mampu menghalangi. Memang boleh sahaja Allah memenangkan deen ini tanpa perlu Nabi Muhammad SAW bersusah payah, berdarah, berpeluh dalam berdakwah. Tapi Allah tidak berbuat demikian.

Sunnatullah nya bukan begitu. Mahu sesuatu, perlukan usaha. Bukan sekadar berdoa dan berharap.

Doa senjata mukmin?

Ya. memang betul. Cuba lihat perang di Palestin, di Afghanistan, di merata di dunia yang melibatkan dunia Islam. Kamu ingat tiada siapa yang berdoa? Ulamak seluruh dunia tidak berdoa? 

Mengapa perlu Nabi Muhammad SAW pergi turun berperang sekiranya beliau boleh sahaja berdoa supaya dihancurkan segala musuh kepada Islam? Sunnatullah nya bukan begitu.  

Di ketika mana Nabi Musa dan umatnya kebuntuan, terperangkap tiada jalan keluar. Di hadapan laut, dan di belakang tentera firaun. Dan pada masa itulah pertolongan Allah tiba. Apa yang perlu ada? Usaha, ikhtiar, berdoa, dan akhir sekali yakin akan tibanya pertolongan Allah itu.  

 Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 
(Surah Muhammad ayat 7)

Jika kita hanya berharap tapi kita tidak berusaha, adakah akan tiba pertolongan Allah?
Kita usaha tapi kita tidak yakin adakah akan tiba pertolongan Allah?
Apatah lagi kalau kita sekadar berdoa, adakah akan tiba pertolongan Allah?

Ya, kebanyakkan orang akan kata, apa yang boleh aku buat. Aku cuma seorang. Mereka jauh. Aku tak berkemampuan. Aku tak tu, aku tak ni. Macam-macam.

Kalau difikirkan begitu, memang begitulah jawapannya yang akan keluar. Begitu kita berfikir, samada begitu kita dilatih untuk berfikir atau kita memang malas untuk berfikir. 

Jadi apa yang boleh kita buat?

Bermula dengan diri. Didik diri kita dengan Islam. Segalanya bermula dengan diri. 

Apabila telah terbina kukuh ciri-ciri muslim di dalam setiap individu muslim, maka langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah. Namun jika kita hendak bermula dari atas, sebagai contoh menguasai negara namun rakyat sendiri tidak menerapkan ciri-ciri muslim. Dan kemudian kita ingin menjalankan hukum hudud, kamu ingat kamu akan dengan jayanya mampu berbuat demikian? Tidak semudah itu.

Dimana salahnya? Hukum hudud itu tiada salahnya. Namun pemikiran kita, orang Melayu yang kebanyakkannya bermasalah. Tapi bukan semuanya salah kita kerana sejak kecil lagi kita telah hidup dalam sistem jahiliyah, yang diperkenalkan oleh orang-orang kafir. Kita bukan berlawan dengan seorang dua, tapi dengan satu sistem kehidupan. 

Memang kita mahu menegakkan semula satu sistem, yang berteraskan Al-Quran dan Al Sunnah, namun kita perlu bergerak secara peringkat. Bukan terus menerjah ke atas.  

Sedikit buah fikiran dari hati yang sedih, melihat hari demi hari itu dan ini berlaku.
Wallahualam. 

Mari kita bekerja untuk Islam.

No comments:

Post a Comment