Mari ikut blog ini

Thursday 28 July 2011

Flashback: Diari Ramadhan 1: Berbuka di Masjid Khalil

Salam,

"That's all for today. Any questions?...If no, see you guys next week. Enjoy your holiday" 

"Cepat Naim, cepat!". Aku separa menjerit kepada seorang rakan. " Dah nak azan maghrib dah ni, karang lambat pulak sampai kat Khalil (Khalil Mosque)".

Kami pon bergegas keluar dari Horace Lamb Lecture Theatre dan berlari anak menuju ke bahagian belakang university, di mana terdapat ruangan parkir untuk motosikal. Vroom, enjin dihidupkan. 


************************************************************

Ramai orang berkerumun di sekeliling satu meja besar. Seperti burung hering menunggu masa yang sesuai untuk menerkam mangsanya. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka dari tepi. Malas untuk bersesak-sesak. "Allahuakbar Allahuakbar", azan dilaungkan menandanya telah masuk waktu Maghrib. Mereka yang tadi mengerumuni meja mula mengorak langkah. Tangan-tangan dihulurkan untuk mencapai kuih-muih yang dihidangkan di atas meja. 



Pelbagai juadah yang ada tersedia di atas, tetapi tidak seperti yang biasa dilihat di Malaysia. Jika di Malaysia, jika kita berbuka di surau atau masjid selalunya juadah berbuka adalah seperti kuih cara berlauk, kuih ketayap, kuih talam, donut, keria dan lain-lain. Tetapi berbeza disini, kebanyakkan juadah berbuka adalah mengikut citarasa umat yang berasal dari Middle East. Juadah yang disediakan pada asalnya hanya sekadar untuk 'break the fast', tapi kebanyakkan yang hadir seolah-olah makan untuk memenuhkan ruang-ruang kosong di dalam perut. Walaupun sebenarnya selepas solat akan ada disediakan juadah berat seperti nasi.


************************************************************

Solat tarawikh yang dianjurkan di Masjid Khalil adalah sebanyak 8 rakaat. Masjid  Khalil menjadi lokasi pilihan kebanyakkan pelajar Melayu di bandar Adelaide dan sekitarnya kerana keluasan masjidnya disamping iftar yang disediakan sepanjang bulan Ramadhan. Mungkin juga kerana imamnya yang mempunyai suara yang lunak. 


Ketika pertama sekali mendengar bacaan beliau, aku juga turut terpaku dan kagum mendengarnya (Pak Arab kot!).

No comments:

Post a Comment