Mari ikut blog ini

Sunday 31 July 2011

Tidak sama panas dan sejuk

Salam,

Untuk mengetahui apa itu panas, kita mesti terlebih dahulu merasai bagaimana rasanya sejuk. Cuba kita bayangkan apa perbezaan yang dirasai oleh seorang pelajar yang pulang ke Malaysia (panas dan lembap sepanjang tahun) dari Australia ketika musim panas dan ketika musim sejuk? Banyak perbezaannya.

Jika kita pulang ke Malaysia ketika Australia sedang mengalami musim sejuk, kita akan merasakan bahawa suhu di Malaysia terlampau panas dan badan kita mungkin sekali mengambil masa yang lama untuk adjust kepada perubahan persekitaran itu. Tetapi jika kita pulang ke Malaysia ketika Australia sedang mengalami musim panas, perbezaan suhu yang tidak berapa ketara itu menyebabkan kita tidak merasai 'kepanasan' Malaysia itu.

Panas dan sejuk itu adalah sesuatu yang subjektif, dan berkait rapat dengan individu itu sendiri. Orang yang sudah biasa tinggal di Kutub Utara sudah pasti merasakan bahawa padang pasir di Sahara sangat panas. Tetapi yang tinggal di Sahara itu sendiri merasakan bahawa suhu di Sahara adalah normal. Itu perbezaannya. 

Seekor  kucing di Australia

Rakyat Palestin mengutip buah Zaitun untuk mengalas perut
Pembaziran makanan



Orang yang lahir dengan sesuatu vs orang yang berusaha mendapatkan sesuatu

Ahmad dilahirkan dalam keluarga yang kaya, bapanya memiliki syarikat perkapalan yang mengeksport ke serata lokasi di dunia. Abu pula lahir dalam keluarga yang sederhana. tinggal di rumah teres dua tingkat, tidak mempunyai orang gaji. 

Bagi Ahmad, duit saku RM 1000 yang diberikan oleh bapanya setiap hari mungkin adalah satu kuantiti yang sedikit dan tidak mencukupi tetapi bagi Abu RM10 yang diberikan kepadanya sebagai wang saku untuk seminggu mungkin adalah lebih dari cukup. 

Dibesarkan dalam suasana berbeza, Ahmad dan Abu telah berjaya menjadi memiliki sebuah syarikat masing-masing. Perbezaanya, Ahmad mewarisi dari bapanya manakala Abu berusaha keras untuk berada di mana dia berada sekarang. Syarikat Ahmad seperti zaman sebelumnya mengeksport kapa-kapal manakala Abu hanya menjual komponen-komponen komputer secara sederhana. 

Bagi Abu, keuntungan bulanannya yang berjumlah RM10000 adalah sangat banyak dan sudah memadai baginya. Bagi Ahmad pula, keuntungan bulanannya yang berjumlah RM1000000 adalah sedikit.

Sesuatu nilaian atau perkara itu mungkin adalah kecil dan kurang significance bagi sesetengah tetapi amat bermakna bagi mereka yang lain. Kamu menyumbangkan RM10 kepada tabung Palestin tiap-tiap minggu dan nilai itu mungkin tidak mempengaruhi status kewangan kamu. Bagi kamu, ada apa sangat dengan RM10? Tetapi bagi mereka yang berada di Palestin, yang di tindas tiap-tiap hari. Sumbangan yang dihulurkan oleh kita adalah sangat besar nilainya. Apa yang kita boleh dapat dengan sekeping kertas bertulis RM10 dan apa yang mereka di sana boleh dapat dengan RM10 yang sama?

Erti hidup pada memberi.

Kita tidak tahu betapa besarnya sesuatu itu melainkan kita melihat dari sudut yang satu lagi, dari perspektif yang berbeza. Seperti panas dan sejuk, selagi kita belum merasai, mengalami, melihat keduanya, mana akan kita ketahui dimana kita.



Orang yang dilahirkan dalam keluarga yang senang tidak akan tahu bagaimana rasanya hidup susah, melainkan kehidupan yang susah itu menimpa mereka sendiri. Orang yang tidur di atas katil yang empuk, berselimut tebal, ditemani bantal yang lembut, ditemani heater pada malam yang sejuk pasti berbeza dengan mereka yang hanya tidur di atas lantai, diselimuti langit beserta bintang, ditemani cengkerik, kesejukan di malam hari.

No comments:

Post a Comment