Mari ikut blog ini

Saturday 6 August 2011

Flashback: Diari Ramadhan 3: Puasa di perantauan

Salam,

ketika tahun pertama berpuasa di Adelaide (1st year), semangat sungguh bila nak dekat puasa.

"mama jangan lupa kirim kuih raya ye!", pesan kepada emak even sebelum start puasa lagi. Bukan sekali, tapi berkali-kali. (Eh ni bukan semangat nak puasa)

Duduk serumah dengan kawan-kawan yang buat persediaan sekali di Kolej Bandar Utama. Syukur hampir semua antara mereka pandai memasak. Kalau tak sudah pasti aku akan kebulur ataupun terpaksa menghabiskan duit untuk makan diluar. Di Adelaide ni bukan sahaja kedai halal sangat sedikit (Tak explore pon), malah agak mahal. Makan sekali-sekala tu mungkin masih boleh diterima.

Kami bersepakat untuk memasak untuk juadah bersahur dan untuk berbuka kami akan makan di Masjid Khalil. Kebiasaannya kami akan masak malam sebelum hari bersahur tu kerana bimbang kalau masak pagi nak sahur tu takut tak berkesempatan.

Dengan harapan yang besar untuk bersahur lauk yang sedap keesokan harinya aku pon tidur. 

Pagi esoknya tersedar dari tidur. Tekan butang lampu pada jam tangan digital jenama Casio, "alamak! dah pukul 6 sudah".

Kecewa. Sambung tidur semula. (Ish teruk betul). Bila housemates kejut baru nak bangun solat Subuh. Pagi tu masing-masing muka masam. Lepas tu kami berazam untuk bangun bersahur keesokan harinya. Benda sama berlaku lagi. 

Perkara yang sama berlaku hampir setiap minggu. Ada sekali itu berlaku straight 3 hari (ke lebih?). Susah payah je masak malam tu. Terlepas keberkatan bersahur.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


***************************************************************

-Pagi hari sebelum ke kelas-

"Hari ni kelas habis pukul 6 petang, kena bawa something ni untuk buka dalam kelas". Aku pon capai la apa yang ada dalam koleksi makanan di rumah.

-Dekat masuk waktu maghrib-

si A: "Wei dah azan ke belum?"

si B: "Jam aku dah 5.42 dah"

si C: "Jam aku baru pukul 5.40"

si D: "Handphone aku tak azan lagi nih"

si E: "Aku rasa dah masuk azan la. Perut aku dah bunyi dah ni"

Macam-macam gelagat. Ye la masing-masing dah lapar. Kita juga dituntut untuk menyegerakan berbuka.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sebaik-baik hamba-Ku ialah mereka yang menyegerakan berbuka puasa (setelah masuk waktunya).” (Riwayat Ahmad)

 ***************************************************************

Bulan puasa ni, puasa tu puasa jugak. Tapi sukan/riadhah tak tinggal. Tapi disebabkan beberapa kekangan kebiasaannya bermain bola/rugby hujung minggu sahaja, di Robe Terrace.

Kita ni tak biasa main rugby, tapi ada sekali itu tiba-tiba nak main. Mula-mula main bola sepak kejap, lepas tu beralih arah ke rugby. Join la mereka main. Rugby touch. Main punya main, seronok pulak rasanya. Tapi biasa la, perkara yang kita tak biasa buat ni akan cepat meletihkan kita. Tengah-tengah main tu, tiba-tiba pandangan jadi kabur.
"Okeh, this is bad". Aku bergerak ke tepi padang, terus terduduk. Tak nampak apa dah untuk beberapa ketika. Bila pandangan mula kembali, "fuhhh. Boleh sambung main balik x?" (tak serik betul budah ni)

No comments:

Post a Comment