Mari ikut blog ini

Wednesday 10 August 2011

Flashback: Diari Ramadhan 4: Ramadhan the 10th

Salam,

Kisah yang berlaku pada hari Rabu, 10 Ogos bersamaan dengan 10 Ramadhan 1432 Hijrah.

"Bandu bangun bandu, dah lewat dah ni", terdengar suara housemate mengejutkan aku, sambil menggoyangkan badanku. 

Membuka mata, dalam keadaan mamai. Tangan mencapai telefon bimbit disebelah kiri untuk melihat masa. '5.20a.m'. "Ya Allah, dah lambat!", detikku dalam hati. Hari yang aku bangun paling lewat setakat ini. Rushing menyiapkan makanan untuk bersahur dan dimasukkan kedalam ketuhar gelombang mikro. Masa di set kan pada 2 minit sementara aku menuju ke bilik air untuk menyiapkan diri sebelum makan. Keluar bilik air, makanan di ambil, dan terus menjamah. Ops! "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".

Melihat ke satu sudut rumah, beberapa rakan sedang menunaikan solat sunat. "Ruginya hari ni bangun lambat, tak sempat nak qiam".

Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam”
( HR. Muslim )

Waktu subuh masuk pukul 5.36a.m. Baru sahaja duduk dan menyuap 2-3 suapan ke dalam mulut, jam menunjukkan pukul 5.30a.m. "Alamak 6 minit je lagi ni"



Habis proses memakan di ubah menjadi proses meminum. Makanan seperti diminum (nak cepat punya pasal). Selesai menghabiskan sepinggan, sesak dada. Haa! tula, siapa suruh makan cepat-cepat. Lepas tu minum air dan makan ubat. Alhamdulillah sempat menyelesaikan urusan. 

Azan berkumandang...(dari telefon bimbit)

Ahli-ahli rumah Day sibuk menyiapkan diri untuk bersolat subuh di masjid Wandana. Ada sesetengah yang sedang mengaji sambil menunggu ahli yang lain bersiap. Di Masjid Wandana, masa yang ditetapkan untuk solat adalah pada pukul 6.05 am. Jadi dalam pukul 5.50am kami serumah mula bergerak keluar dengan menaiki van yang diwarisi dari generasi pelajar melayu sebelum ini. 

Hari ini aku yang memandu, tiada jadual, secara sukarela. enjin dihidupkan dan dibiarkan untuk seketika mengharapkannya panas. Vroom, van meluncur keluar daripada perkarangan pakir rumah. "Kenapa jarum meter minyak ni bawah dari 'E' ni? rosak ke? Maybe tak panas lagi kot". Aku meneruskan perjalanan, memasuk Hampstead Road daripada Watson Avenue. Beberapa meter di atas Hampstead Road, van tidak lagi bertindakbalas terhadap pedal minyak yang aku pijak. "Oh great, i knew this would happen". Aku berkata sambil tersengih," minyak habis daa". 

Pada asalnya aku bercadang untuk sekadar membiarkan van ini di 'parking' sebentar di sisi jalan dan kami akan berjalan balik menuju ke rumah, jaraknya tidak jauh pon. Dalam 400-500 meter sahaja. 

"Jom tolak van ni", seorang rakan memberikan pendapat. Yang lain mengangguk tanda setuju. Berada di jalan besar, kami tidak mengambil risiko untuk membuat 'U-turn' kerana bimbang akan pergerakan keluar masuk kenderaan. Maka masuklah simpang ke kawasan perumahan yang berdekatan, kami pon menolak van tersebut kembali ke rumah Day. 

Fuhh, letih jugak tolak van. Tolak kereta pon dah penat, apatah lagi van yang lebih berat. Setibanya di rumah, kedinginan pagi kini tiada lagi. "Takyah dah exercise pagi ni camni, kira ganti dah ni". Ada yang sedikit berpeluh. (Seronok jugak bersenam pagi-pagi. Paksa-rela. Tak nak tapi kena buat ^v^)

****************************************************

Hari ini berpakat untuk berbuka di Masjid Khalil. Tahun ini belum lagi berbuka disitu. Mesti pakcik tukang bagi nasi tu rindu. Kehadiran agak rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Perbezaannya agak ketara. Tapi secara tidak langsung ini mempercepatkan proses beratur (Tak perlu beratur panjang-panjang dah!).

Pintu masjid di kunci, jadi kami bersolat di sebuah bilik yang agak besar. Pertama kali, bagiku. 

Selesai urusan makan, kami menunggu masa untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawikh. Bilangan kehadiran jemaah yang datang bersolat di sini juga agak sedikit jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Adakah mereka-mereka ini telah berpindah ke masjid-masjid lain? Ataupun menunaikan solat di rumah? Jika pilihan pertama jawapannya, tiada masalah namun jika pilihan kedua adalah jawapannya, ini menjadi satu perkara yang membimbangkan. 

Sekiranya pada bulan di mana syaitan-syaitan dibelenggu pon kita liat untuk mengimarahkan masjid, bagaimana pula dengan kehadiran musuh-musuh Islam ini nanti? Sudah tentu bertambah liat bagi kita untuk berbuat demikian. 



Hari ini solat Isyak berjemaah diimamkan oleh orang yang berlainan. Bacaannya mantap, suaranya sedap, mungkin kenalan kepada imam tetap masjid. Selesai solat tarawikh 8 rakaat, aku bangun menuju ke bahagian belakang masjid. 

"Eh macam kenal brother sorang ni". Dia tersenyum. "haa! memang kenal".

Dia menghulurkan tangan dan aku menyambut salamnya.

Ahmad, kenalan terbaruku. Suara tidak sempat dilancarkan dari pita suara namun senyuman terukir dibibir kami. 

Imam bangun untuk menunaikan solat witir.

No comments:

Post a Comment