Mari ikut blog ini

Friday 7 October 2011

Spring break 2011



Salam,

hanya ingin berkongsi cerita berkenaan aktiviti yang dilakukan ketika cuti pertengahan sem 2, 2011.

Barang lelongan pertama (RSP)
Tempoh cuti pada tahun ini adalah 2 minggu, bermula pada 24/9 sehingga 9/10. Banyak jugak events yang berlangsung samada dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu atau pun oleh individu-individu tertentu sepanjang tempoh cuti ini. Antaranya adalah Roadshow Palestin Adelaide 2011 (RSP), mentadabbur alam, perkhemahan, crab raking, Futsal ISMA CUP, Bowling UMNO CUP dan lain-lain.

Roadshow Palestin Adelaide 2011 berlangsung dengan jayanya pada 24 September 2011. Kehadiran para tetamu adalah agak memberangsangkan, memenuhi ruangan dewan yang disewa. Antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah mengenai Palestin oleh Dr. Zainur Rashid (perunding Aman Palestin), pameran, silent bidding, live auction dan ramah mesra bersama penceramah. Acara kemuncak adalah live bidding. 5 barang yang di lelongkan ketika itu. Lelongan bermula dengan agak suram, kerana mungkin ramai yang masih belum biasa dengan cara-cara membida barangan.

Masuk ke barangan kedua dan keatas, acara live bidding mula menjadi rancak. Jumlah bidaan meningkat dengan cepat. Ada yang membida atas kapasiti individu, tidak kurang juga mereka-mereka yang berpakat berkongsi duit supaya mampu membida dengan harga yang lebih tinggi. Barang bidaan terakhir yang dinamakan 'Kingdom of Faith' telah dibida dengan harga AUD 20,222 (approximately RM 62,595.656). Satu angka yang bagi aku adalah sangat tinggi.
Kingdom of Faith, dibida dengan harga AUD20,222

Aku juga menyertai Futsal ISMA CUP 2011 yang dianjurkan oleh ISMA cawangan South Australia pada 28 September 2011. Penyertaan hanya dibuka kepada 8 pasukan. Antara pasukan yang menyertai adalah IRWAN FC, FAIZ FC, HANTU BONCENG, ALL WHITE, KICKERS, OLE, VARUKA dan TEAM ANEP. Nama team aku adalah OLE dan alhamdulillah kali ini berjaya mengekalkan kejuaraan. Dapat nombor 1 walaupun aku cuma score 2 gol. Alhamdulillah.

Team OLE 2011 (champion ISMA CUP 2011)
 Keesokan harinya pula, aku mengambil bahagian dalam Bowling CUP 2011 anjuran UMNO cawangan South Australia, bertarikh 29 September 2011. Prestasi ketika pertandingan kurang memberangsangkan, tapi Alhamdulillah prestasi ahli kumpulan melayakkan kami memenangi tempat kedua daripada kebih kurang 20 pasukan yang mengambil bahagian.

2nd Place Bowling UMNO CUP 2011
 Antara aktiviti leisure yang lain adalah seperti separa-hiking do Morialta Conservation Park. Tempatnya cantik dan bersih. Antara perkara yang dilakukan disini adalah seperti ber-BBQ, mini games, amazing race. Ada juga sesetengah yang pergi berjogging, mandi dan ber-hiking tapi tidak semua.
Ber'posing' di papan tanda Morialta Falls
 Selain dari itu, aku bersama lebih kurang 20 rakan yang lain melakukan aktiviti perkhemahan di Adelaide Hills pada 1 dan 2 Oktober 2011. Antara tujuan diadakan perkhemahan (mukhayyam) ini adalah untuk membina badan yang sihat untuk memenuhi 10 ciri muwasafat muslim/tarbiyah. Sepanjang perkhemahan, aktiviti-aktiviti yang menguji  ketahanan fizikal, kekuatan minda, semangat berpasukan dan kesabaran telah dilakukan dengan baik. Aku yang terpilih untuk mengetuai pasukan Jaafar bin Abi Talib selepas berjaya melepasi proses saringan untuk menentukan ketua pasukan. Terdapat dua pasukan, Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib.

Tema peperangan Mu'tah diambil untuk perkhemahan kali ini. Perang mu'tah berlaku antara tentera Muslim (ansar dan muhajirin) dan tentera Rom akibat daripada pembunuhan utusan Rasulullah SAW, Harith bin Umair yang dihantar bertemu Raja Basrah pemerintah kerajaan Rom oleh Syarahbil bin `Amr Al-Futhaniy. Tentera Islam berjumlah sebanyak 3000 melawan tentera Rom yang berjumlah sebanyak 200000. Perbezaan jumlah yang sangat banyak. Nisbah 1:67. Di dalam peperangan Mu'tah ini, Rasulullah tidak ikut serta. Untuk pembacaan lanjut, sila klik SINI.

Camping site, Adelaide Hills,mukhayyam 2011
 Keesokan harinya (3 Oktober 2011) selepas mukhayyam, aku dan kawan-kawan pergi pula ke Port Parham untuk bersama-sama ber- crab raking. Diterjemahkan kedalam bahasa melayu: mengaut ketam. Beberapa hari sebelum bertolak, aku beberapa kali mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa belum tiba lagi musim untuk crab raking (ketam tak banyak lagi). Ada juga sahabat yang telah pergi ke Port Parham seminggu yang lepas tetapi pulang dengan hampa kerana tidak berjaya menemui walau seekor pon ketam.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman ber- crab raking pada tahun-tahun sebelum ini, setiap kali kami akan berjaya membawa pulang 100+ ekor ketam namun kali ini berbeza. Rupanya betul desas-desus yang aku dengari, musim ketam belum tiba. Rombongan kami hanya berjaya mengaut/menangkap dua ekor ketam sahaja dan lebih malang lagi, ketam-ketam itu belum cukup saiz untuk membolehkannya dibawa keluar dari laut secara sah (Ada peraturan mengenai saiz minimum seekor ketam). Sedikit hampa, namun tujuan ke sana bukan semata-mata untuk mendapatkan ketam, tapi juga untuk merapatkan ukhuwwah sesama kami.

Port Parham (gambar diambil dari internet)
Port Parham berbeza dengan kebanyakkan pantai yang ada di Adelaide. Pantainya mendatar jauh ke tengah dalam 600-1000 kilometer dimana aku masih boleh berjalan (dalam keadaan air surut) tanpa membasahkan keseluruhan badan. Ciri geografi inilah yang membuatkannya sesuai untuk aktiviti crab raking.

 Yang terbaru sekali, aku bersama ahli-ahli rumah yang lain, Mujahid, Naim, Saiful, Rahimin dan Afifi berkelah (picnic) di sebuah pantai yang dinamakan Port Noarlunga. Terletak lebih kurang 40 minit perjalanan dari rumah. Pantainya sangat bersih dan aman. Pengunjung juga tidak ramai. Best! Perkara pertama yang kami buat setibanya disana adalah ber-BBQ. Selesai BBQ, kami menuju ke lokasi yang lebih sesuai di mana kami boleh makan dan mandi laut. yey!
 
Jeti yang agak panjang, menyebabkan orang di penghujung jeti kelihatan kecil
Bersama housemates 2011
2 rakan sempat menyewa alatan untuk snorkeling. Air laut jernih membolehkan kami melihat ke dalam laut. Namun tidak cukup jernih untuk membolehkan kami melihat hingga ke dasar laut. Sempat bermandi-manda sebentar (tak tahan lama-lama, sejuk~!), kami pon pulang dalam pukul 3 petang.

Wassalam

No comments:

Post a Comment