Mari ikut blog ini

Saturday 8 October 2011

Usaha kita, ketentuan Allah

Salam,



apabila kita berdampingan dengan seseorang, mesti secara sedar atau tidak sedar, sedikit mahupun banyak kita akan terpengaruh dengannya. Teringat hadis Nabi

Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Sahih Muslim)

 Kawan-kawan memainkan peranan dalam kehidupan kita. Masakan tidak, orang boleh menilai mengenai diri kita hanya dengan melihat dari siapa kita berkawan. Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu kawan kita dimana boleh, setahap yang kita mampu. Memang kita perlu memilih dengan siapa kita berdampingan tapi kita juga perlu berkawan dengan semua. Tidak kiralah bagaimana sifat mereka, siapa mereka. 

Tapi kita perlu berhati-hati supaya kita tidak terpengaruh dengan pengaruh negatif (jika ada) yang dibawa oleh mereka. Sebaliknya, kita yang perlu memainkan peranan untuk mempengaruhi dia untuk lebih mendekatkan diri dengan Islam. Bagaimana? Banyak caranya. Antara cara yang paling berkesan, tapi mungkin memakan masa yang lama adalah dengan menunjukkan qudwah yang baik. Jika kita melihat ada diantara kawan-kawan kita yang terjebak dengan maksiat ataupun melakukan sesuatu yang tidak patut, menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan sesuatu. 

Ramai orang menyalahsangka akan perintah Allah yang menyuruh mengubah sesuatu dengan tangan, jika tidak mampu dengan lisan (perkataan) dan dengan selemah-lemah iman adalah merasakan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu salah di dalam hati kita. Kita perlu juga melihat kepada konteks perkara itu, siapa kita berbanding pelaku maksiat/kesalahan itu. Sebagai contoh, mengubah kemungkaran dengan tangan (kuasa) adalah lebih applicable kepada pihak-pihak yang mempunyai kuasa, yang mampu, dan selalunya mereka-mereka ini adalah dari golongan pemerintah, orang atasan, orang yang dilantik/diberi kuasa. 
Tetapi ini juga bukan alasan untuk kita tidak melakukan apa-apa.
Perkara ini terlalu teknikal untuk dibahaskan dan kesesuaiannya adalah mengikut keadaan dan banyak lagi faktor. Mungkin jika yang melakukan kesalahan itu adalah adik-adik kita, kita boleh menegurnya, memukulnya (untuk mencegah), mencubit atau mengenakan suatu tindakan, dan dalam konteks ini amatlah bersesuaian. Tapi berbeza apabila kita melihat golongan-golongan gengster misalannya. Mereka melakukan perkara-perkara kemaksiatan secara terbuka misalannya, ataupun melakukan perkara-perkara yang tidak patut. 

Adalah suatu tindakan yang kurang wajar dan tidak bijak untuk kita bersendirian untuk cuba mengubah dengan fizikal/tangan/perbuatan kita. Silap haribulan, kita akan terpaksa bermalam di hospital. Untuk menegur dengan percakapan itu sendiri pon mungkin boleh menyebabkan kemudaratan pada diri kita. Tapi ini bukan bermakna kita hanya berasa kesal akan perbuatan mereka di dalam hati dan kemudian tidak berbuat apa-apa. Mungkin kita boleh pergi ke pihak yang kita rasakan mempunyai kuasa, yang mampu mengubah perkara itu. Polis misalannya, mereka diberi kuasa untuk menguruskan perkara-perkara sebegini. Mereka juga mempunyai kepakaran dan skills yang diperlukan. 
Jika orang yang terlibat adalah mereka yang berada berdekatan dengan kita seperti teman serumah kita. Mungkin pendekatannya adalah sedikit berbeza berbanding dengan cara kita menegur orang luar, orang awam, adik-adik kita. Lain orang lain caranya. Bagaimana? Itu terpulang kepada kebijaksanaan kita. Telah dinyatakan di beberapa tempat di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis2 berkenaan cara menegur seseorang itu. Antaranya dengan cara berhikmah. Bagaimana berhikmah itu? Mungkin jika kita menegur adik kita, kita perlu menegur dengan lemah lembut. Namun mungkin sesetengah orang memerlukan pendekatan yang sedikit kasar dan keras, baru mampu kita mempengaruhi hatinya, mengubah perbuatannya.

Jika kali ini pendekatan yang kita cuba seakan kurang berhasil atau menyebabkan hubungan kita semakin renggang, mungkin kita memerlukan satu pendekatan yang berbeza. Mungkin sampai ke satu tahap, kita rasa 'tawar hati' untuk menegur si dia. Kita kata, dah puas dah tegur dia ni tiap-tiap hari, tapi tak berubah juga. Macam tu jugak dia dari dulu sampai sekarang. Tapi kita kena ingat, apa yang penting adalah usaha kita. Hasilnya kita serah pada Allah untuk tentukan.
Sebagai contoh, bapa saudara Nabi sendiri iaitu Abu Talib sehingga menghembus nafas yang terakhir, mati dalam keadaan kafir. Itu selepas didakwah oleh Nabi itu sendiri. Sudah puas pujuk rayu, berbagai cara yang digunakan oleh Nabi, namun ketentuan Allah, Abu Talib mati dalam keadaan kafir. Memang kita mengharapkan bahawa usaha kita membuahkan hasil, tapi kita tidak boleh terlalu mengharapkan bahawa pulangannya akan datang serta merta. Tidak, sesekali pon jangan. Jika kita berfikiran sedemikian, maka besar kemungkinan kita akan merasa hampa dan akan 'tawar hati' dan putus asa. Ended up kita tidak lagi menegur kawan kita itu contohnya.

Diceritakan di dalam Al-Quran, sekumpulan pemuda yang sudah puas berdakwah kepada penduduk kampung mereka, menyeru kepada Islam. Namun apa yang mereka dapat? Penentangan dari raja mereka sendiri. Dan sehinggakan mereka melarikan diri ke sebuah gua dan ditakdirkan mereka tertidur. Sampai ke satu masa, mereka disedarkan oleh Allah. Dan apabila salah seorang dari mereka masuk ke kampung mereka tadi, keadaan telah berubah. Suasana berbeza dengan apa yang mereka hadapi dahulu. Allah beri mereka peluang untuk melihat hasil dakwah mereka suatu ketika dahulu. Mungkin ketika kita susah payah berusaha, kita rasakan tiada perubahan yang berlaku.
Pernah aku membaca dalam blog seorang ukhti yang menceritakan mengenai pengalamannya berdampingan dengan seorang mad'u. Diceritakan, punyalah payah untuk mengajak kawan seorang tu untuk pergi usrah, sama-sama bertadarus dan melakukan perkara-perkara kebaikan. Sehinggalah pada suatu ketika, ukhti ni telah habis belajar dan berpisah dengan kawan seorang itu. Beberapa tahun kemudiannya, ditakdirkan dia dapat bertemu kembali dengan mad'u nya ini. 

Dia terkejut, jika dahulu hendak diajak untuk usrah punyalah liat. Namun kali ni kawan-kawannya yang lain bercerita bahawa si mad'u ini lah yang akan mengajak orang lain untuk pergi usrah. Untuk melakukan amal kebaikan. Moralnya sama, Mungkin hasilnya akan berbuah sedikit lambat namun apa yang penting adalah kita tidak berhenti dan berputus asa dari menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. The key word is: NEVER GIVE UP!
Siapa tahu, suatu hari nanti Allah beri hidayah kepada si dia, yang sangat liat untuk bangun solat, solat berjemaah sekarang, suatu hari nanti dialah yang akan lebih terkehadapan dari kita. Dialah yang lebih utama dalam dakwah. Apabila berkata-kata tentang dakwah, nama dialah yang disebut-sebut.

Key word kedua: kita tak tahu. 
Yes, kita tak tahu ketentuan Allah. Jadi sebab itu kita perlu usaha sehabis baik. Rugilah kita jika kita berhenti separuh jalan. Cuba bayangkan, sekiranya Nabi Muhammad SAW berputus asa di saat dibaling batu kepadanya ketika sedang berdakwah. Sekiranya Nabi menerima tawaran malaikat untuk menghimpit sebuah kaum dengan gunung. Apa yang Nabi kata? Berbunyi lebih kurang begini: "Mungkin ada diantara mereka yang akan menerima hidayah". Begitu sekali keyakinan Nabi. Dalam keadaan darah mengalir dari anggota badannya kedalam kasutnya. Beliau masih tidak berputus asa. Dan apa hasilnya? Islam sampai pada kita. 

Jadi apa morals of the story?  Jangan berputus asa dan kita tak tahu ketentuanNYA.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment