Mari ikut blog ini

Wednesday 2 November 2011

Berlaku adil

Salam,


apakah yang dimaksudkan dengan adil dan bagaimanakah yang anda rasakan adil itu?


Adil di definasikan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya.






Adakah dengan memberikan sesuatu itu secara sama rata kepada semua tanpa mengira faktor-faktor seperti latar belakang, umur, tahap pemikiran dan lain-lain itu adil? 


Cuba bayangkan ketika hari raya. Budaya orang Melayu, pasangan yang dah berkahwin 'wajib' memberikan duit raya kepada anak buah. Kamu ada dua anak buah, Usop dan Hamzah. Kalau ikut konsep 'sama rata', Usop dan Hamzah akan dapat RM5 kerana semua orang mesti menerima jumlah yang sama. 


Tapi rupa-rupanya Usop baru berusia 5 tahun, tapi Hamzah sudah berumur 15 tahun. Adakah kita berlaku adil disitu?


Percaya atau tidak, sejak kecil lagi kebanyakkan dari kita di 'doctrine' dengan konsep sama rata yang di associate dengan perkataan adil. 


Bagaimana kita berlaku adil terhadap seseorang?


Aku pernah berborak dengan seorang sahabat tidak berapa lama dahulu mengenai perkara ini. Dia pernah menyebut (lebih kurang begini), "Ana tak membezakan antara orang. Semua orang ana cakap guna ana enta. Macam kat si *****, mula-mula memang dia tak biasa, tapi lama-lama dia pon boleh terima". Tapi aku kurang setuju. Penerimaan setiap orang ke atas sesuatu perkara adalah berbeza. Dalam kes tadi, Alhamdulillah si ***** boleh menerimanya, mungkin kerana latar belakangnya. Tapi cuba sekiranya kita berbuat demikian dengan mat-mat rempit, adakah penerimaan mereka juga sama? Tidak.


Diskriminasi itu kadang-kala perlu, but in a right context. Jika kita menafikan hak-hak sesetengah orang dengan mendiskriminasikan mereka, itu salah. Seperti dasar Apartheid yang membezakan seseorang mengikut warna kulit dimana rakyat Afrika yang berwarna hitam dianggap sebagai golongan kelas kedua.


Mengambil kira keadaan di Tanah Melayu dahulu, mengapakah orang Melayu merupakan antara golongan yang paling layak diberikan berbagai-bagai keistimewaan/ handicap? Bukan kerana mereka kaum yang paling ramai, bukan kerana mereka kaum yang paling awal menduduki Tanah Melayu secara rasmi. Tapi kerana keadaan mereka yang sangat lemah dan dhaif secara puratanya. Menguasai ekonomi? Jauh sekali. 


Bantuan diberikan kepada yang memerlukan, bukan kepada yang sudah cukup serba-serbi. Namun, janganlah kerana hak istimewa diberikan, mereka yang mendapat bantuan ini menjadi semakin lemah. Bergantung kepad pertolongan. Dan apabila ada ura-ura hak keistimewaan ini hendak ditarik balik, mula resah gelisah dan meronta-ronta marah. Sepatutnya kelebihan yang ada dimanfaatkan supaya mampu untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan yang lain.


Cara kita melayan/berkomunikasi dengan seseorang itu juga memerlukan kita menggunakan konteks yang berbeza bergantung dengan siapa dia. Adakah sama cara dan gaya percakapan kita dengan adik kita yang berada di sekolah rendah dengan orang-orang dewasa yang sudah mempunyai beberapa orang anak? Jika ya, maka kita sebenarnya tidak berlaku adil.






Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
Pemimpin yang adil;
pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
Hadith Riwayat Muslim

Golongan pertama yang di sebut adalah pemimpin yang adil. Subhanallah. Namun tidak mudah untuk menjadi seorang yang adil, sebagai seorang manusia biasa, lagi kan seorang pemimpin. Dengan pelbagai desakan, godaan, tekanan, dan lain-lain.

Jadi apa kita tunggu? Mari kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil. Meletakkan sesuatu bersesuaian pada tempatnya. Bukan meletakkan semua benda di tempat yang sama.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment