Mari ikut blog ini

Wednesday 23 November 2011

Akidah itu. Dakwah ini.

Salam,

fasa pertama kepada dakwah yang dilakukan oleh para nabi adalah dengan memperbetulkan akidah manusia. Dengan mentauhidkan Allah. Meyakinkan manusia akan keesaan Allah. Bukannya bermula dengan menyuruh mereka mengerjakan solat, berpuasa, menunaikan haji. Semua itu adalah perlu, tetapi apabila fasa pertama telah selesai.

Untuk menanam keimanan kedalam hati-hati manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Islam tidak disebarkan dengan mata pedang. Keimanan itu hanya mampu ditanam dengan penjelasan, penerangan, kata-kata, proses pengajaran, bukannya dengan memaksa seseorang itu menerima Islam. Islam bukan agama paksaan. Yes, bukan suatu paksaan untuk masuk Islam, tetapi setelah memeluk agama Islam adalah kewajipan untuk mempelajari akan Deen ini.

Bagaimana kita ingin membina bangun yang super hebat, mempunyai lampu liplap-liplap, bertingkat-tingkat di atas foundation yang tidak kukuh? Adakah akan selamat bangunan setinggi menara KLCC sekiranya dibina di atas tanah gambut? Tidak.

Itulah antara sebabnya mengapa memperbaik akidah merupakan perkara tunjang dalam dakwah. Kita risau, sekiranya segala macam amalan dipikul di atas iman yang goyah itu, akhirnya akan membawa kepada keruntuhan dan kebinasaan yang lebih teruk. Sehingga tidak mampu lagi untuk mendirikan walau rumah setingkat, tenggelam terus tidak timbul-timbul. Itu perumpaan bagi bagaimana pentingnya membina iman, akidah yang teguh.

Pernah sekali aku melihat akan komen seorang hamba Allah di gambar yang menunjukkan 'Mike Tyson' diketika beliau menunaikan haji.


Komennya berbunyi lebih kurang begini:

"Ush tengok tu ada tatoo lagi, pergi bersih tatoo dulu la baru pergi haji"



Aku baca komen ni pon geleng-geleng kepala. Islam itu mudah. Mengapa kita perlu menyusahkan diri kita? Bagaimana hati manusia hendak mendekati Islam sekiranya apabila mereka ingin memeluk agama Islam, berbagai perkara yang mereka perlu fikirkan. Buat tu, buat ni, itu la, ini la. Macam-macam, sehingga menakut-nakutkan mereka ini.

Aku tidak mengatakan bahawa tatoo itu adalah perkara yang baik, tetapi bukannya dia membuat tatoo ketika mana dia telah mengenal Islam. Tetapi ketika di zaman jahiliyahnya. Mungkin sampai masanya perlu untuk beliau membuang tatoo itu, tapi biarlah step by step. Buat benda kecil-kecil dulu, baru pergi ke perkara yang lebih besar.

Dakwah oleh Nabi Muhammad SAW dijalankan dengan penuh berhikmah. Mengapa Muadz bin Jaabar dipilih oleh Nabi untuk ke Yaman. Apakah ciri-ciri yang ada padanya yang menyebabkan dia terpilih? Nak kata dia sahabat, berlambak lagi sahabat Nabi yang ada. Ilmu? Iman? Para sahabat kalau nak kata semuanya iman 1st class. Jadi apa ciri yang ada pada Muadz?

Salah satunya adalah kerana Muadz sendiri berasal dari Yaman. Selain dari ilmu pengetahuan tentang Islam, keimanan, ketakwaan, mengetahui latar belakang dai'e itu sendiri adalah sesuatu perkara yang amat penting. Cuba fikirkan sekiranya anda hendak berdakwah kepada penduduk di kampung A. Tetapi anda sama sekali tidak mengetahui sebarang pon mengenai penduduk kampung A. Sejauh manakah dan sedalam manakah kesan daripada dakwah anda?

Tidak dapat tidak anda perlukan membuat 'homework' dahulu. Dan dalam kisah Muadz bin Jaafar, beliau mempunyai pengetahuan akan adat resam, budaya kaumnya sendiri dan ini membantu proses dakwah itu.

Wassalam

(Diolah dari kuliah maghrib Masjid Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi)
22 November 2011

No comments:

Post a Comment