Mari ikut blog ini

Friday 23 December 2011

Mata yang melihat

Salam,


Berpegang teguh dengan prinsip dan kepercayaan kamu, maka orang lain akan turut akur dan mengiktiraf kamu.


Minggu ini adalah minggu kedua aku menjalani 'industrial training' di Sapura Industrial Corporation. Ditugaskan di bawah Sapura Technical Centre (STC), kesemua rakan sekerja adalah engineer dimana kebanyakkannya adalah oversea graduates. Jika mereka adalah local graduates, mereka telah pun memiliki Master. Hendak menunjukkan bahawa hebatnya rakan-rakan sekerja aku.


Pada awal tahun ini, aku telah pun menjalani industrial training di sini tetapi diletakkan di department lain, iaitu di Quality Check/Quality Assurance (QA/QC) sebagai Quality Inspector. Banyak sekali perbezaan ketara yang aku dapat lihat setelah terlibat di dalam dua kumpulan yang berbeza ini. Ketika di QA/QC dahulu, tahap pendidikan yang paling tinggi dimiliki oleh rakan sekerja adalah Diploma, melainkan supervisor yang merupakan Degree holder dan bertindak sebagai engineer.


Bukan hendak mengatakan apa-apa disini, tetapi apabila kamu bergaul dengan mereka, aku dapat lihat perbezaan dalam cara mereka berfikir, apa yang mereka bualkan, cara percakapan serta banyak lagi. Sekiranya dahulu di QA/QC ketika aku mula-mula masuk mereka bertanyakan seribu macam soalan padaku, mengenai diriku, universiitiku, negara tempat aku belajar, dan bermacam-macam lagi. Tetapi di STC, tiada apa yang begitu menghairan dengan mereka yang menuntut di universiti di luar negara kerana kebanyakkan dari mereka itu sendiri telah pun belajar di luar negara.






Apa yang di bicarakan? juga berbeza. Bagaimana cara mereka bercakap? sangat berbeza. Medium percakapan juga berbeza. Cukup disitu, kali ini bukan itu tujuan aku menulis.


Selalunya jika tiba waktu rehat kami akan bergerak ke kantin secara beramai-ramai. Ada 3 kali waktu rehat/makan; pukul 10 pagi, 1 tengahari dan 3.30 petang. Untuk lunch, sekiranya belum masuk waktu zohor dan mereka mengajak untuk turun makan aku akan menyertai mereka namun sekiranya sudah hampir waktu zohor ataupun azan telah pun kedengaran, aku akan menunaikan solat zohor dahulu. Namun aku tidak menyatakan pada mereka, sekadar menolak pelawaan mereka.


Setiap Khamis malam Jumaat kami akan bermain futsal sesama kami ataupun berlawan dengan department lain. Telah menjadi kebiasaan mereka untuk bermain futsal pada pukul 7 petang. Aku bertanyakan pada seorang rakan mengapa diadakan pada pukul 7 dan tidak pada pukul 9 malam. Jawabnya, kebanyakkan dari mereka tinggal di luar bangi (USJ, KL, S.Alam dll) jadi untuk menunggu dari pukul 5.30 sehingga pukul 9 merupakan suatu perkara yang agak meletihkan. Pada awalnya aku agak reluctant untuk menyertai mereka namun aku turun juga kerana ingin membina hubungan dengan mereka.


Alhamdulillah mereka akan solat maghrib dulu di tempat solat yang disediakan di lokasi futsal. Selesai bermain dalam pukul 8.15 malam. Mereka mengajak aku untuk lepak di kedai mamak berhampiran namun aku menolak dengan memberikan alasan ada urusan yang ingin dibuat. Mereka agak kehairanan namun mereka tetap akur.


Minggu kedua, pada hari yang sama dan waktu yang sama. Selesai bermain futsal, mereka mengajakku untuk turut lepak bersama di kedai mamak berhampiran. Aku menolak pelawaan mereka dengan alasan yang sama, ada urusan yang ingin diselesaikan. Aku mengatakan pada mereka bahawa aku boleh lepak bersama mereka selepas dari pukul 9. Seorang rakan bertanya, 'kau nak solat Isyak dulu ke?".


Terkejut sebentar aku mendengar, kemudian aku senyum dan mengangguk. "Kau sini ada tempat solat, kau solat jela kat sini nak?". Aku jawab, "Korang tunggu nak solat sekali tak?". Dia tersengih. Aku faham maksud sengihannya itu.


Bukannya aku tidak mahu bersama mereka tapi jika boleh aku mahu solat dahulu dan berjemaah, namun mereka akan terus pergi ke kedai mamak. Kemudian aku bergegas pulang.


Agak-agak dapat tak 'message' yang aku ingin sampaikan? Aku pon kurang pasti bagaimana hendak menceritakannya. Tapi apa yang aku dapat adalah orang memerhatikan tingkah laku kita. Contohnya, apabila azan berkumandang aku akan bangun menuju ke surau untuk menunaikan solat. Sebilangan kecil yang turut bangun bergerak ke surau namun aku yakin yang lain juga memasang mata memerhatikan tingkah laku aku. Betul lah apa yang sering diperkatakan ustaz, dakwah yang terbaik adalah melalui qudwah hasanah. Menunjukkan peribadi, tingkahlaku, percakapan, perbuatan yang baik-baik.


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata," Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang menyerah diri)?"
(Fussilat: 33)



Seperti ketika di tempat futsal. Aku melihat semua dari mereka menunaikan solat maghrib secara bersendirian. If it was me back a few years ago, i will do exactly the same thing as what they are doing. Solat pada saf yang sama, tapi bersendirian. But it is a big mistake, a waste. Ruginya kita tidak merebut pahala yang banyak sedangkan kita boleh mendapatkannya. Aku mengajak rakan yang belum solat untuk berjemaah bersama. 


Wassalam

No comments:

Post a Comment