Mari ikut blog ini

Monday 12 December 2011

Bila arkitek jadi peguam

Salam,



Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) bakal menjelma tidak lama lagi. Ramai orang bercakap mengenai politik. Pergi kedai mamak, politik politik politik. Buka facebook, banyak status-status memperkatakan tentang politik. Bukan itu sahaja, malah banyak juga video-video yang di post memperkatakan tentang politik. Tapi apa yang menyedihkan, ada satu video ini yang amat menyedihkan aku. Jika mahu berbicara mengenai politik, silakan. Tapi mengapa memperkatakan tentang suatu yang tidak kamu tahu.




Bukannya aku nak kata aku tahu banyak. Tapi benda asas seperti ini, even my little brother understand the wrongness of this video. Ish3x. SIapa lah dalang disebalik video ni. Tapi rasanya agak obvious sedikit sebanyak tentang di pihak mana dia berada. 


Teringat suatu masa dahulu apabila satu akhbar menyiarkan respond2 dari artis2 (penyanyi, pelakon) mengenai hudud. Aduh! Kenapa la bijak sangat bertanyakan kepada artis. Kalau aurat sendiri tak tutup, terdedah sana sini, bercampur lelaki perempuan, nak bercakap mengenai hudud? Aiseh. Yang bertanya soalan pon satu, pandai sangat.


Sepatutnya diletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang betul (adil). Maksudnya, bertanyakan pada mereka yang bersesuaian, mereka yang mempunyai ilmu. Kalau risau akan pengaruh politik, tanyakan pada NGOs Islam, penceramah-penceramah bebas, mufti. Bukankah itu lebih sesuai?


Baru-baru ini pulak, DAP dan MCA mahu berdialog mengenai hudud. Aih? Naik syeikh ke apa ni. Firstly, they are not even muslim. Secondly, it is very likely that they have very hideous agenda. Malaysia oh Malaysia. Macam-macam sungguh. 


Apa jadi apabila seorang peguam disuruh menggantikan tempat jurutera dan sebaliknya. Cuba teka apa kesannya? Kucar-kacir firma guaman dan syarikat jurutera itu. Maklumlah, meletakkan orang yang salah pada posisi yang salah. Sekali lagi sesuatu itu tidak diletakkan pada tempatnya. Same thing goes for all other stuffs. Perniagaan serahkan pada peniaga. Politik serahkan pada ahli politik. Agama serahkan pada mereka yang faqih tentang agama. 


Eh cop cop. Betul ke ni? Bukannya maksud aku untuk memisahkan semua itu. bukannya seorang ustaz tak boleh berniaga, tak boleh masuk politik. Tapi kebanyakkannya tak boleh. Seorang ustaz mungkin mempunyai ilmu yang banyak mengenai Islam, tapi apabila masuk ke medan politik, terkontang-kanting jugak. Apa yang aku maksudkan adalah, let the pro do their job. Tapi pada masa yang sama perlunya ada sokongan dan nasihat daripada ustaz-ustaz, ulama, bijak pandai agama. Seorang pemimpin perlu mahir memimpin, tapi juga perlunya merujuk pada ulama. Supaya apa yang mereka buat tidak lari dari syarak. Bukannya pendapat, fatwa, nasihat ulama/mufti/ustaz hanya diguna pakai bila membawa kebaikan kepada parti politik mereka.


Begitu juga dengan berniaga. Biarlah mereka yang mahir dalam bidang perniagaan menjalankan perniagaan. Tapi perniagaan itu mestilah berlandaskan syarak. Tanya pada ustaz atau pada mereka yang berilmu jika tidak pasti. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya seorang ustaz ingin menceburi bidang perniagaan, perlulah dia untuk berguru dengan orang yang mahir dalam bidang perniagaan. Kalau main terjun lombong tanpa tau apa di dalam, habis ler. Ustaz tahu hukum hakam, yang mana haram mana halal. Itu riba, ini bukan. 


Namun suasana di Malaysia agak... hurm... entah le labu. Pelik. Macam-macam. Betul lah orang cakap, 'macam-macam ada!' . Jadi pentingnya untuk seseorang itu mempunyai ilmu dalam apa yang dia ceburi, disamping tidak melupakan ilmu tentang agama. Siapa kata seorang panglima perang tidak boleh menjadi orang yang alim ilmu agama? Siapa kata seorang politician tidak boleh menjadi seorang peniaga? Contoh yang terbaik: Rasulullah SAW. Pemimpin, bapa, peniaga, panglima, bapa dan macam-macam lagi. Subhanallah!


Teringat ketika di MRSM Kuantan. Ketika perlawanan persahabatan bola sepak dengan sebuah sekolah teknik di Pahang. Ketika tiba di padang sekolah tersebut, terdengar suara-suara yang kurang enak. Antaranya "Budak MRSM pergi balik baca buku la wei!". "Korang reti ke main bola ni?" dan lain-lain. Sekali bila dah main, haaa! baru hang tau nooo. DIorang kena bantai berapa kosong tah. Baru tau nak senyap. Ingat budak MRSM tak reti main bola ke? Inilah mentaliti seseorang dari kita. Pandang rendah, cetek pemikiran, narrow-minded, ego dan macam-macam lagi.


Kalau di USA sendiri, ketika Barrack Obama memenangi pilihanraya. Dia bukannya ambil semua geng dia dalam parti yang sama angkat bagi posisi di pejabat dia. Dia angkat orang dari parti lawan lagi tu. Macam Hillary Clinton. Maksudnya kat sini, dia melihat kepada sesuatu yang lebih besar, untuk kebaikan yang lebih besar. Dan dia memilih mereka yang layak, yang tulus. Bukannya aku menyokong Obama, tapi mana yang boleh kita ambil kita ambil la kan.


Tapi berbeza dengan kita di Malaysia. Once a party won an election, kalau boleh habis semua ahli kabinet dari parti lawan dia pecat. Dia bagi angkat orang-orang dari parti dia je. Kadangkala tu mereka yang kurang layak atau kurang berkebolehan jugak yang diangkat. Padahal dalam parti lawan ada mereka-mereka yang lebih layak (Kronisme yang jelas). Ada juga orang yang satu parti, tapi tak sekepala pon kena buang. Dia cari geng dia je. Susah oh susah. Malaysia oh Malaysia.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment