Mari ikut blog ini

Saturday 10 December 2011

Surau lain dari yang lain

Salam,

semalam ada dua rakan lama, Hasbi dan Paku dari Perak yang datang ke Bangi. Pada asalnya mereka dijadualkan tiba pada pukul 4 petang dengan menaiki bas. Namun akibat sedikit masalah teknikal, Hasbi memberitahu mereka akan tiba antara pukul 5-6 petang. Dalam pukul 6, Paku menghantar khidmat pesanan ringkas menyatakan mereka akan tiba dalam pukul 7 lebih. Macam-macam. Driver g tandas la, jam la. Biasa la, kehidupan. Many unexpected things tend to happen.

Yang penting, kita kena sentiasa bersedia menghadapi benda yang tidak dijangka. Jadi aku pon menunaikan solat Maghrib di sebuah surau di Taman Tenaga, Kajang kerana lokasinya yang berhampiran dengan Stesyen Bas Kajang. Disini, hampir separuh dari ahli jemaahnya terdiri daripada warga asing. Syumulnya Islam, tak kisah bahasa apa yang anda tuturkan, kita tetap solat 5 waktu sehari semalam. Selesai solat, imam berzikir, bertasbih dan bertahmid (aku rasa) secara bersendiri. Ada jemaah yang bangun terus meninggalkan perkarangan surau, anda yang bangun untuk solat rawatib dan ada juga yang berzikir sendirian.

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, ada masanya Nabi berzikir secara kuat (memperdengarkan kepada orang lain) selepas solat dan ada juga masanya beliau tidak melakukan sedemikian. Namun Nabi berzikir secara kuat adalah dengan tujuan untuk mengajarkan kepada makmum/jemaah lain tentangnya dan dalam tempoh masa tertentu.

Dalam Syarah al-Nawawi ‘ala Shahih Muslim (Jld. 5, m.s 84) dalam bab “Raf’ush-Shaut bidz-zikr” (menyaringkan suara dalam berzikir), berkata al-Nawawi berkenaan hadis Ibnu Abbas:

 Ini merupakan dalil tentang pendapat sebahagian salaf tentang sunat mengeraskan suara takbir dan zikir setelah selesai solat wajib. Di antara ulama muta’akhirin yang menganjurkannya ialah Ibnu Hazm al-Zahiri. Ibnu Bathal dan lain-lainnya menyatakan bahawa rakan-rakannya dan juga lain-lainnnya sepakat tentang tidak adanya anjuran mengeraskan suara zikir dan takbir tersebut. al-Syafi’i rahimahullah menafsirkan hadis ini bahawa hal itu merupakan pengulangan dalam jangka waktu yang tidak seberapa lama kerana Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam hendak mengajar sifat zikir kepada para sahabat, bukan bererti mereka terus menerus mengeraskannya. Dia berkata: “Imam dan makmum hendaknya memilih untuk berzikir kepada Allah setelah solat dengan menyembunyikannya (secara sirr). Kecuali jika ada orang yang hendak belajar zikir itu dari imam, hingga imam tahu bahwa orang yang belajar itu sudah mampu mempelajari darinya. Setelah itu imam harus menyembunyikannya. Begitulah semestinya.” Perkataan ibnu Abbas: “Aku tahu jika mereka menyelesaikan (solat)..” menurut zahir kalimatnya bahawa Ibnu Abbas tidak hadir dalam solat berjemaah pada sesekali waktu, kerana usianya yang masih kanak-kanak.



Ada juga masa dimana Rasulullah lantas terus bangun selepas solat tanpa berzikir.


Jadi terserah lah bagaimana anda ingin ikut. Kalau imam baca secara kuat, kita ikut jela. Kalau imam baca secara sirr, kita pon ikut la jugak. Namun secara peribadi, aku merasakan bahawa sekiranya kita berzikir, berdoa atas membaca al-Quran sekalipun secara kuat sedangkan masih ada lagi orang yang sedang solat, kita akan mengganggu konsentrasi mereka yang sedang solat dan secara tidak langsung membawa kepada dosa.

Dari al-Bayaadhiyyi radhiallahu’anh, dia berkata: “Bahwa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam pada suatu ketika keluar kepada orang ramai (di masjid).

Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca al-Qur’an, maka sabdanya:

“Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang dipercakapkan itu! Dan janganlah pula sebahagianmu mengeraskan suaranya mengatasi yang lain dalam membaca al-Qur’an!


Suasana sebegini kebiasaannya boleh didapati di surau-surau dan masjid-masjid di kawasan negeri Perlis (kebanyakkan). Secara am nya, hukum berzikir, bertasbih, bertahmid ini adalah sunat berdasarkan beberapa hadis. Antaranya:

Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) kali.Kemudian mengucapkan(sekali):
Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.
Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”

[H.R. Muslim dan lain-lain.]


Selepas bertemu dengan Paku dan Hasbi, kami kemudian menuju ke surau berdekatan (seksyen 8) untuk menunaikan solat Isyak. KEbetulan malam itu ada ceramah di surau tersebut. Selesai mengambil wuduk, aku pon masuk ke ruangan solat yang bertutup penuh dan mempunyai penghawa dingin. Masuk sahaja, aku rasa kehairanan, jemaah yang hadir di surau itu bukannya duduk berdekatan dengan ustaz penceramah di hadapan, tetapi semua duduk bersandar di dinding-dinding surau. YES, semua! pelik x? ke x pelik?

Kenapa aku cakap pelik? sebab apabila menuntut ilmu, kebiasaannya dan lebih-lebih lagi majlis2 ilmu di surau/masjid orang ramai akan berkerumunan dihadapan penceramah. Kalau boleh nak lagi dekat lagi bagus. Tapi surau ni, aik? Kalau boleh nak sejauh yang boleh. Nasib baik ada dinding, kalau tak entah berapa jauh dah diorang duduk. Kalau seorang dua tu aku faham la jugak, tapi ni SEMUA. adat di surau ni ke? Tok imam pon dok bersandar jugak. Muda tua semua satu geng. Bukannya aku ingin mengatakan salah, tetapi alangkah baiknya jika kita mencontohi bagaimana yang ditunjukkan oleh malaikat Jibrail dan Rasulullah ketika Jibrail datang bertanyakan soalan kepada Rasulullah (macam majlis ilmu la). Rujuk sini : KLIK

Wallahualam

Rujukan untuk beberapa perkara di atas boleh dilihat di [SINI]

Diharapkan sebarang kesilapan ataupun maklumat yang tidak tepat boleh diberitahu dengan kadar segera di ruangan komen. JZKK

No comments:

Post a Comment