Mari ikut blog ini

Friday 21 December 2012

Friday Night bersama rakan sekerja

Salam,

Pada 14 Desember yang lepas, tempat di mana aku bekerja part-time mengadakan program 'Laser Skirmish and Bowling Night'. Fully sponsored. Bertempat di Kingpin Bowling, Norwood. Aku tidak bekerja pada malam tersebut. Plan asalnya adalah untuk berkumpul di tempat kerja, carpool dan bergerak bersama ke lokasi.

"Alamak! Macam mana ni. Kang sekali kena duduk sekali dengan pekerja-pekerja perempuan yang lain"

Malam 14 Disember itu, aku menelefon John.

"Hei John, can i just go straight to the Kingpin Bowling?"

"Yeah sure. Be there before 10 pm k"

"Fuh. Lega. Terlepas dari risiko ber-carpool dengan perempuan-perempuan", aku menarik nafas lega. Lagipun, malas aku pergi ke tempat kerja, kerana lokasi Kingpin Bowling adalah pada arah yang bertentangan. Buat perabeh minyak kereta je.


Sila RSVP ye~ 'tick' aku yang berkedut-kedut tu
Selain itu, terdapat juga Christmas Dinner dan kami dikehendaki membawa 'partner'. Aku menolak pelawaan ini dengan alasan mempunyai urusan pada malam tersebut.

Setibanya di Kingpin Bowling, aku melihat rakan-rakan sekerja yang lain sudah pun tiba di situ.

"Azac, where are you? come in", aku membaca kiriman sms oleh John.

Kelihatan John sedang tercari-cari seseorang.

Ok, just in time. Tak cepat sangat, tak lambat sangat.

Aku bertegur sapa dengan mereka dan kemudian kami bergambar bersama.

Ramai tak rakan sekerja aku? hehe. Cuba teka mana satu-satunya pekerja lelaki berbangsa Australia?




Apabila semua sudah berkumpul, kami mula dengan bermain bowling. Boleh dikatakan kesemua pekerja (18+) yang memesan beer terlebih dahulu sebelum bergerak ke 'bowling lanes'. Seperti meminum jus, laju sungguh mereka meminumnya. 

"Don't you want to order any drink?", tanya Kumar kepadaku.

"Nah, i'm fine"


Kami mula bermain. Sekali lagi aku berasa risau.

Kami dibahagikan secara rawak kepada beberapa kumpulan oleh Yolli, manager assistant yang berbangsa Australia. Aku dimasukkan ke dalam kumpulan bersama Davin, Bharat, Alice dan Julia.


"Ada perempuan pulak dalam group aku ni, karang tiba-tiba diorang nak 'sep' tangan nanti camne?", hati kecilku berbicara.

Mungkin ada yang tidak terfikir akan perkara sebegini, tapi aku bermain bowling semenjak aku berada di tingkatan 1 lagi. Jadi aku tahu sedikit sebanyak 'budaya' pemain bowling, iaitu mereka akan bersapa tangan selepas lontaran dibuat ('sep') di antara ahli kumpulan sebagai motivasi, menyokong atau sebagai tanda 'well done'. 

Namaku diletakkan di akhir sekali di dalam kumpulan. "Ok tunggu dan lihat dahulu", aku meyakinkan diri untuk memerhati dahulu bagaimana tindak-tanduk mereka. 

Seorang demi seorang melontar, mujur tiada yang bersapa tangan. "lega!"

Aku bertanyakan pada Julia, "Have you played bowling before?"

"No. I'm a bit nervous"

"Have you?"

"Hmm. yeah. sometimes"

Selesai ber-bowling, John membuat tempahan makanan. "Let's take a break"

Rakan-rakan yang lain kebanyakkannya bergerak ke kaunter untuk memesan beer untuk diminum. 

Friday Night.

Negara Barat terkenal dengan budaya berparti pada 'Friday Night' dan Australia terutamanya terkenal dengan budaya 'binge drinking' : mengambil minuman beralkohol secara banyak sehingga memabukkan.

2-3 botol diminum oleh segelintir. Aku hanya memerhati. Tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Tiba-tiba Gary menegur, "Hei Aizat, don't you drink? Do you want some?", sambil menghulurkan botol beer berjenama Tooheys kepadaku.

"I'm a muslim", aku membalas pertanyaan sambil menolak pelawaannya.

Gary terdiam, wajahnya menampakkan seribu macam soalan yang bermain difikirannya.

"I'm a muslim, and muslim don't drink beer", aku menyambung kata-kata sambil tersenyum.

"Oh. So you don't drink beer. Sorry bro"

"Don't worry."

Take five selepas ber-bowling. Sesi minum dan makan. Tapi aku hanya melihat.

Agak lama mereka ber-'take five'. sekitar 30-40 minit. Aku pon hanya memerhati gelagat mereka. 

"Matt you want some?", John menghulurkan botol beer nya kepada Matt. Wajah John kelihatan seperti sedikit mabuk dan kemuakan.

"Nope. I'm on diet.", Matt menjawab sambil tergelak.

"Looks like i need to drive a bus tomorrow", tiba-tiba John bersuara memecah keheningan.

"Why?", tanya Guri.

"To pick you guys to work."

Kami semua tergelak. Lawak spontan dari John. Bagi mereka ini mungkin perkara biasa, namun tidak bagiku yang menggelar diriku muslim.

"John, let's go to the Club (tak ingat nama apa) and be back in one hour", ajak Guri kepada John.

"Alamak, kalau diorang pergi clubbing, habis mati kutu la aku duduk sini"

"Ehmmm. Maybe not tonight Guri. We have Laser Skirmish after this", jawapan John melegakan hatiku.

Kemudian tiba masa untuk bermain 'Laser Skirmish'. Aku memang menunggu permainan ini, kerana aku boleh berlari puas di gelanggang sambil menembak pihak lawan.

Tetapi kerana terlalu ramai, kami dibahagikan kepada dua sesi untuk menggelakkan daripada terlalu 'crowded' di dalam gelanggang.


Guri (putih) dan Davin (hitam) bermain permainan arked-Daytona USA sementara menunggu giliran Laser Skirmish

Selesai sesi pertama, masa untuk kami bermain. Laser Skirmish merupakan suatu permainan yang menuntut pemain untuk berlari-lari di dalam gelanggang khas yang disediakan. Aku yakin, sesiapa yang bermain permainan ini pasti akan berpeluh-peluh akibat dari bermain permainan ini.

Selesai bermain, aku mengungguli senarai pemain dengan mata yang terbanyak (Seronok menembak orang).

Sebelum beredar pulang, kami berkumpul.

"Thank you guys for coming. See you guys at work tomorrow. Drive carefully ok.", John menggulung perkumpulan kami.


**********************************

Apa yang aku ceritakan, merupakan peratusan kecil dari apa yang dilakukan oleh kebanyakkan rakyat Australia terutamanya pada Jumaat malam. Ramai yang akan berada di kelab-kelab malam, pub untuk berparti.

Menghiburkan diri dan 'release tension' selepas seminggu bekerja.

Ini budaya mereka, rakyat di negara Barat, yang majoriti bukan beragama Islam. Adakah senario yang sama berlaku di sekeliling kita?

Wassalam,

2 comments:

  1. I've been through something similar. on the last night after 2 weeks of fieldtrip in NZ, we had our Special Dinner, and everyone else were drinking except kita sorang. Betapa iman dan nafsu berlawan pada waktu itu, only Allah knows. Bukan sebab kita nak minum, tapi sebab pelik.. 'apa benda yang sedap sangat diorang minum sampai tak benti2.. meh nak try rasa sikit'..sungguh licik skali syaitan berusaha memperdaya..kalau iman tak kuat, senang je nak terjerumus dalam dosa minum arak. Alhamdulillah Allah pelihara.. tapi sebab tu kita tak patut lepak2 sangat ngan orang2 bukan islam ni...bukan sebab kita anti-social. tapi sebab tu mcm sengaja putting our iman at risk.

    -hbo-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!
      Mungkin ada benar kita patut menjauhkan diri dan jangan lepak2 dgn mereka sbb nampak seperti dengan sengaja mencampakkan diri kita kepada kemudaratan. Tapi mungkin sekali-sekala perlu juga untuk menunjukkan bagaimana kita muslim tidak seperti yang digambarkan oleh media2 Barat, dan bagaimana kita berpegang teguh dengan ajaran Islam, InshaAllah.

      Delete