Mari ikut blog ini

Saturday 22 December 2012

Clinic PC Day: Menyumbang kepada komuniti

Salam,

Sudah lama ingin aku menulis entry ini, namun hasrat itu dibiarkan terkubur sehinggalah kini.

Bagaimana Clinic PC Day bermula?

Sepanjang tahun 2009 dan awal 2010 aku melihat ramai (atau mungkin segelintir) dikalangan pelajar Melayu (terutamanya perempuan) di Adelaide mempunyai masalah dengan komputer. Kebanyakkan daripada masalah itu berkisar di sekitar virus, spyware, adware, driver problem dan lain-lain dimana masalah itu merupakan suatu perkara yang tidak begitu susah untuk diatasi namun ramai yang tidak tahu bagaimana dan apa yang patut dilakukan apabila bertemu dengan masalah sebegitu.

Pada permulaan, aku membantu dan memberi nasihat berkaitan komputer kepada beberapa orang rakan. Lama-kelamaan, bilangan orang yang meminta bantuan semakin bertambah dan bermula dari mereka yang aku kenal, semakin lama semakin ramai yang tidak aku kenali menghubungi aku untuk meminta bantuan berkenaan komputer.

Mujur, aku dibantu oleh rakan serumah yang pernah berpengalaman bekerja di kedai komputer di samping keinginan dan minat aku dalam mendalami ilmu berkaitan bidang perkomputeran.


Malware alert!


Aku bermula dengan menerima laptop-laptop dari rakan-rakan yang memerlukan bantuan untuk 'remove virus/malware', 're-format laptop', 'replace hard drive', 'add RAM' dan 'solve drivers problem'. Ada juga masa-masa tertentu dimana rakan-rakan meminta nasihat berkenaan komponen apa yang perlu dibeli, adakah komponen-komponen itu 'compatible', mana satu yang sesuai dengan kegunaan mereka, membina sebuah 'desktop' baru dan lain-lain.

Sekitar hampir dua tahun aku membantu rakan-rakan dalam masalah berkaitan dengan komputer. Itu memang minat aku, mendalami bidang perkomputeran, mengambil tahu mengenai gajet-gajet terkini dan perkembangan teknologi.

Sepanjang tempoh itu, aku langsung tidak meminta sebarang bayaran ataupun upah. Namun jika ditawarkan, aku akan menerimanya.

Rakan serumahku yang lain pernah berkata, "kesian aku tengok kau. 'Charge' la diorang sikit. Kau spend banyak masa kau tolong diorang, takkan tak dapat apa-apa pon"

Aku kata, aku tolong-tolong gitu je. Bukan untuk buat duit atau dapat untung.

Sampai suatu masa, aku merasakan bahawa aku perlu melakukan sesuatu, supaya lebih ramai orang tahu bahawa aku boleh membantu mereka dan lebih ramai orang mampu aku bantu. Maka, terhasil lah idea penubuhan group 'Facebook Clinic PC Day' pada tanggal 1 Jun 2011.


Ada yang pernah tanya, kenapa aku tubuhkan Clinic PC Day ni. Aku jawab kat mereka, "kalau Melayu tak tolong Melayu, siapa lagi nak tolong"

Ramai yang menyokong tindakan aku ini

"wah tahniah diatas penubuhan klinik ni, ambo sebagai buto IT senang nak bertanya"

"nice ar bandu!"

Peralatan yang dibeli menggunakan duit poket aku untuk 'backup data' dari hard drive


tapi ada juga segelintir yang tidak dan sebaliknya memandang negatif tindakan aku.

"Haih, nak buat duit la tu"


 "business baru lagi, bagai cendawan tumbuh selepas hujan"

"Ala benda simple je, takkan tak tau nak buat kot"

Bila Facebook Group sudah tercipta, maka ramailah yang bertanya, meminta bantuan dan meminta nasihat.


kalau ext hd rosak boleh baiki x?

Assalamu'alaikum. tumpang tanya, kalau laptop mengaum2 (i.e kipas bising), ade kesan sampingan pada laptop tak kalau kite sedut pakai penyedut hampagas rumah tu utk bersihkan? thanks heaps.

Aku nak upgrade bg lg laju HP Z200 workstation. Processor: Intel Xeon X3450 @ 2.67GHz (8MB cache), Windows 7 Pro 64-bit, Memory: 8GB DDR3 ECC RAM, Vcard: NVIDIA Quadro FX580.. Selain dari max RAM boleh jd 16GB, ade pape boleh lagi x boleh buat dengan processor dia? Nak upgrade cemane lg?

Salam.. nak tanye skit. kalau die slalu jd cmni apsal eh.. "display driver stop responding.."

dan bermacam-macam lagi.

Ada masa, pertanyaan-pertanyaan akan aku dan 'sparring partner' aku yang jawab, tapi ada juga masa-masa yang pertanyaan dijawab oleh rakan-rakan lain yang berada di dalam group itu. Seperti menjadi forum. Bila ada yang bertanya, ada yang menjawab, memberi pendapat, menyatakan penyelesaian. Membuka ruang interaktif.

Aku bukannya pakar dan aku pasti ramai yang lebih alim dalam ilmu-ilmu berkenaan komputer. Tapi aku tampil kehadapan, untuk menghulurkan sedikit sebanyak khidmat yang aku boleh berikan kepada komuniti melayu di Adelaide.


Perkara yang aku tidak tahu, aku akan search di 'Google' ataupun bertanyakan kepada mereka yang lebih mengetahui.



Bukan semua permasalahan yang ditimbulkan atau pertolongan yang diminta padaku dapat aku tunaikan. Ada masa aku buntu, bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu masalah itu. 

Ada masanya aku tidak dapat membantu kerana tidak tahu, ada masanya kerana masa tidak mengizinkan, ada masanya kerana aku tiada kelengkapan yang diperlukan. 


Antara hard drive yang dikeluarkan daripada laptop

Selalunya waktu yang sibuk adalah ketika buka universiti dan ketika dekat dengan peperiksaan. Ingat lagi aku, beberapa kali membawa sebanyak 3 buah laptop beserta lecture notes dengan menaiki basikal. Bukannya notebook yang bersaiz mini dan berat tidak lebih dari 1 kg setiap satu, tapi notebook model lama yang beratnya mencecah 3 kg setiap satu!

Ye, aku berulang ke universiti dengan basikal.

Bayangkan, mengangkut laptop-laptop beserta buku-buku aku sendiri. 

Ada masa dan ketika aku memilih untuk tidak membawa buku yang berat demi untuk mengurangkan beban yang dibawa. Tinggalkan laptop? Bukan pilihan.

Kali ini, aku mengenakan sedikit bayaran. Tapi, dengan cara tersendiri. Jika mereka yang aku bantu itu bertanyakan akan bayaran, aku akan nyatakan pada mereka. Jika tiada pertanyaan mengenai bayaran, aku biarkan begitu sahaja. Biar mereka yang menentukan (kebanyakkannya lelaki~ huhu)

Kenapa perlu membawa laptop ke universiti?

Kebiasaannya aku mengatur pertemuan di situ dengan mereka yang memerlukan khidmat bantuan. Jumpa, sedikit soal selidik dan aku akan membawa laptop mereka pulang. 

Ada juga yang mendermakan laptop-laptop mereka yang telah rosak dengan harapan 'spareparts' dari laptop mereka boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh yang lain. Itu yang terbaik, semangat bantu membantu dan menyumbang.

Aku melihat ini sebagai salah satu perkara yang mampu aku sumbangkan kepada komuniti. Aku mungkin tidak pandai dalam banyak perkara, tetapi dalam perkara yang aku punyai mungkin sedikit kelebihan berbanding yang lain, aku cuba untuk memberikan sumbangan.

Selain mendekatkan diri dengan komuniti melayu disini, aku melihat ini sebagai salah satu cara untuk menambah amal jariah dan memberi manfaat kepada yang lain.

Jika masih ada yang bertanya, mengapa aku sanggup menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk ini, suka untuk aku nyatakan, bukankah Rasulullah pernah berkata, 



"...Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” 
(HR. Thabrani dan Daruquthni)

Mungkin tempoh kewujudan Clini PC Day ini tidak lama, namun aku berharap sedikit sebanyak kewujudannya membantu mereka yang memerlukan walaupun sedikit.

Menyumbang, tidak semestinya dengan duit semata-mata.


Wallahualam,







No comments:

Post a Comment