Mari ikut blog ini

Wednesday 19 December 2012

Apa yang mereka borakkan?

Salam,

30 November yang lepas aku dijemput untuk 'dinner' di rumah salah seorang rakan berbangsa Itali yang sudah menetap di Australia.

Namanya Adam.

Turut di jemput sama adalah rakan-rakannya yang berbangsa Afrika dan Mesir.


Cooked by Italian. Serious sedap. nyum2~

Menu utama adalah Lasagne, which is an Italian specialty. Dimasak oleh seorang berbangsa Itali, iaitu bangsa yang mencipta resepi Lasagne, umph! Memang sedap rasanya. Tak dapat dinafikan.

Selain itu terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti nasi dan ayam (rasa macam ayam masak paprik je) beserta roti Arab (kot).

Good place, good friends, good foods. It can't be wrong.

Selesai makan malam, kami berborak tentang banyak perkara.

Dikalangan kami (selain aku dan kawan-kawan Melayu) ada 2 orang berbangsa Afrika (adik beradik), seorang berbangsa Itali (Adam) dan seorang berbangsa Mesir yang sebelum ini tinggal di Arab Saudi. Mereka semua merupakan Permanent Residents di Australia.

Apa yang menjadi bahan perbualan?

Games, Playstation, Dota dan yang seangkatan dengannya. 

Familiar with these terms?

Ya. Aku juga familiar. Dan tidak berapa lama dahulu, istilah-istilah ini bergelumang dan berjalan-jalan disekeliling aku dan masa lapangku. Umpama darah daging. 

"Any of  you guys played Black Ops 2 yet?", perbualan dimulakan oleh Bro M.

"Yeah i did. It was awesome. But the game is too short. Easy", balas Bro A2 dengan nada teruja.

"I prefer Call of Duty rather than Black Ops tho", sampuk Bro A1.


Perbualan berterusan dan berkisar sekitar permainan video first person shooter buat seketika. Kemudian, topik berubah, tetapi tidak jauh dari topik asal.

"Anyone play Dota 2?", tanya Bro M.

"My friend here", sampuk sahabatku sambil jarinya menunjuk kearahku.

"Err, nak jawab apa ni. Karang jadi awkward plak". Aku berbicara dengan hati. Mahu mencari jawapan yang dapat memuaskan semua orang.

"I used to play, but not anymore. I only played Dota 1 and never play Dota 2", aku menjawab ringkas.

"I love to use Invoker and Rubick. Rubick can steals people magic. Invoker just has too many magics.", Bro M menceritakan pendapatnya mengenai watak-watak permainan pilihannya di dalam game yang dikenali sebagai DOTA.

Aku sekadar mengangguk. Aku mengenali kedua-dua karekter yang disebutnya. Bukan sekejap aku menceburkan diri dalam dunia permainan video secara online ini. Terutamanya DOTA. Aku mula bermain DOTA sejak 2002 lagi. Sudah tentu aku masak sungguh dengan permainan ini. 

Bro M berterusan menceritakan tentang pengalamannya bermain permainan ini dan kadangkala di sampuk oleh sahabat-sahabat yang lain. 

Dekat pukul 9.50 malam, Adam mencelah. "Let's walk to Masjid". "Oh thank you Adam! You are my saviour", aku bermadah sendirian.

Kami berjalan ke Masjid Al-Khalil yang terletak 5 minit berjalan kaki dari rumah Adam. Sepanjang perjalanan, Bro M berjalan disebelah aku sambil bercerita mengenai DOTA 2. Mungkin kerana dia merasakan bahawa aku tahu apa yang diperkatakan olehnya berbanding sahabat-sahabat yang lain.

"I just recently started playing this game. Maybe around 2 months."

"I started playing this game around 10 years ago", aku membalas selamba.

"Wow. You must be a pro", balas Bro M dengan penuh teruja.

"Maybe. But i said to myself, this must stop. No more DOTA. If not, i will be playing everyday, hours and hours and hours. I'll be wasting a lot of time and sacrifice even my sleeep", aku menyambung.

Bro M terdiam sebentar. "Yeah that is true. You will just keep playing for hours before you stop"

Kami tiba di masjid Al Khalil dan menunaikan solat Isyak disitu.

Seusai solat, kami bergerak ke rumah Adam, tetapi kali ini aku sengaja melengahkan keluar dari masjid kerana tidak mahu berjalan bersama Bro M. Bukan apa, aku mahu mengelakkan bercakap mengenai permainan yang suatu masa dahulu menjadi peneman setia aku.

Dessert! Pon sedap. Tetapi sebab perut dah kenyang, jadi hanya makan sedikit. yummy~

Kami dihidangkan dengan menu pencuci mulut yang sedap dan banyak. Tapi aku hanya makan sedikit sahaja kerana masih kekenyangan.

Perbualan mereka masih berkisar di sekitar permain video, tetapi kadangkala diselitkan dengan kisah-kisah sirah zaman-zaman Islam dahulu kala.

Sekitar pukul 11, kami meminta izin untuk pulang. Kebetulan, Bro M datang menaiki bas dan kemungkinan besar dia akan terlepas bas sekiranya dia pulang sekarang. Adam bertanyakan kepadaku jika terdapat kekosongan di keretaku untuk menumpangkan Bro M dan menghantarnya kerumah. Aku menerimanya.

Di sepanjang perjalanan ke rumahnya yang memakan masa sekitar 30-40 minit, apa yang diborakkan hanyalah berkenaan permainan video. Aku cuba sekali sekala mengalih topik perbualan dengan bertanyakan mengenai Mesir, Arab Saudi, budaya mereka, apa yang ada di sana, apa yang seronok dan menarik disana. Bro M akan menjawab sepatah dan menyambung dengan topik permainan video.

************************************

Aku hanya sekadar berkongsi cerita ini, kerana fenomena kegilaan dan ketagihan permainan video bukan hanya masalah anak muda di Malaysia, malah adalah sebuah fenomena global. Berlaku dimana sahaja, dan dalam bentuk yang hampir serupa.

Bukan aku melarang bermain atau meluangkan masa bermain, tetapi perlulah untuk kita ingat dan berpada-pada.Sekiranya permainan video itu membawa kepada kita lalai dari melakukan ibadah wajib kita terutamanya, ataupun menyebabkan kita melewati solat kita, maka eloklah kita tinggalkan.

Kebimbangan aku adalah pada apa yang menjadi bahan perbualan remaja-remaja Muslim kini.  Teringat kata-kata Saidina Umar yang famous yang berbunyi lebih kurang begini, "Jika hendak melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada pemuda/remajanya". 

Tidak mudah, tetapi kita perlu mujahadah. Mulakan dengan sedikit. Anggaplah ia sebagai rawatan terhadap penyakit kanser. Kita buang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya segalanya dapat kita singkirkan.

Wallahualam.


Gambar sedikit gelap, diambil oleh Bro berbaju Merah.


Gambar ini, aku yang ambil. Terang baik punya, berbakat tak? hehe

Sekian,


2 comments: