Mari ikut blog ini

Saturday 5 January 2013

Aku dan Usrah 2

Salam,

orang kata, "siapa yang 'join' usrah ni budak-budak baik je"

"budak-budak jahat macam aku mana boleh join usrah. Tak layak"

Sorry bro and sis, anda salah. 

sesiapa pun boleh 'join' usrah, yang penting dia mahu.

Buat apa join usrah?

Bila ditanya, mahu jadi baik tak, mesti semua orang kata nak jadi baik (mungkin ada segelintir taknak mengaku, tapi fitrah manusia sukakan dan mahukan kebaikan). Tapi, baik yang macam mana?

Pergi masjid tu baik, tolong orang angkut baju di ampaian pon baik, singgah ke kedai Abu belikan gula-gula untuk adik pon baik. Mudah kata, baik itu subjektif dan boleh ditafsirkan seluas-luasnya.

Cukup ke kita baik untuk diri sendiri sahaja?

"Habis tu nak baik macam mana lagi?"

Baik macam mana yang kita nak?

Kita mahu baik, dan dengan baiknya kita itu, kita mampu ajak dan tarik orang jadi baik, dan dengan orang lain jadi baik, Islam itu diletakkan pada tempatnya.

Pendek kata, kita mahu bina rijal. Bina rijal yang bukan saja baik akhlaknya, tapi turut sihat fizikalnya, celik mindanya, berobjektif tindak-tanduknya, bermatlamat urusannya. Bukan baik, tapi tak kemana.

Kita mahu baik, dan dengan baik itu dapat selamatkan diri kita, keluarga kita dan orang-orang disekeliling kita dari api neraka. Itu langkah pertama.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 
[At Tahrim: 6]

Jadi, pertama sekali untuk kita, diri sendiri. Lepas itu keluarga, mereka yang rapat dengan kita.

Takkan kita mahukan orang lain masuk syurga, tapi kita tak mahu masuk syurga?

Kembali kepada, kenapa 'join' usrah? Bukan usrah untuk budak-budak baik je ke?

Kurang tepat.



Bagi aku, usrah untuk mereka yang nak jadi baik. Banyak cara untuk jadi baik, dan terlibat dengan usrah adalah salah satu benda yang membantu untuk kita jadi baik.

Ataupun, untuk mereka yang dah sediakala baik dan mahu kekal baik.

Sebab apa?

Usrah membantu seseorang untuk belajar asas-asas di dalam Islam, mengenali Maha Pencipta (Tauhid), mempelajari sirah para Anbiya, salaf dan khalaf serta tokoh-tokoh Islam selepas mereka, mengenali musuh-musuh Islam, mengenali diri sendiri, merawat jahiliyah, mendapatkan biah solehah, memperbaiki bacaan Quran, memahami tuntutan dan peranan sebagai seorang khalifah dan hamba. Bukan hanya secara teori, malah untuk dipraktikkan kepada amalan seharian.

Orang berfikrah yang alim ilmu agama berbeza dengan yang tidak berfikrah.

Tidak cukup, baik untuk diri sendiri sahaja.

Kelak kita akan ditanya, akan hak-hak mereka di sekeliling kita. Kita baik, tetapi kita tidak bermanfaat kepada ummah. 

Kita baik, tapi kita mengabaikan apa yang berlaku disekeliling kita.

Silap haribulan, kita kena tarik masuk neraka bersama kerana kita dituduh tidak mengajak orang lain jadi baik juga.

Baik, bukan hanya pergi masjid, pergi majlis ilmu, belajar agama, tapi lebih dari itu.

Baik bukan hanya pada ilmu semata, bukan pada amal semata, pada fikrah semata, tapi pada semuanya.


Diambil dari http://cintakuhanyapadamu.blogspot.com
Ilmu itu penting. kerana dari situ wujud kefahaman. Dengan ilmu juga tahap ibadah itu boleh berubah. Semakin tinggi ilmu, semakin kita memahami agama, semakin kita cintakan ibadah kita. Bukan dengan semakin tinggi ilmu kita, semakin jauh kita dari Allah, semakin sombong kita dengan manusia.








 Ilmu yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah lebih baik dari orang yang beribadah sepanjang malam dalam keadaan otaknya kosong (tidak berilmu).


Ad deenul Islam. Ad deenul nasihah.

Dalam usrah, kita duduk, didalam (bukan sekadar) majlis ilmu, berpesan-pesan dan menasihati (al-asr), menjalin ukhuwwah, mentarbiah diri, supaya mampu jadi rijal.

Tujuan akhirnya sama sahaja, mendapat redha Allah, untuk gapai Syurga Allah. 

Tak mahu nanti, kita dah cukup semuanya, tapi nanti kena tarik pahala kita sebab kita baik seorang diri sahaja.

Kita tak mahu jadi orang yang baik, tapi pada hakikat kita seorang yang muflis!


Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat,“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Jawab sahabat, “Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi.”Kata Nabi saw, “Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka.”. (Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Naudzubillah min zalik.

Anda setuju?

Mari 'join' usrah, untuk jadi orang baik, yang berfikrah, bermatlamat dan tidak muflis di akhirat kelak!

Anda tak setuju?

tak mengapa, banyak lagi jalan untuk jadi orang baik. Tinggal untuk anda pilih sahaja.

wallahualam







Extras:

Usrah for dummies

aku dan usrah

No comments:

Post a Comment